Kejohanan Balapan dan Padang peringkat sekolah SMK Kuala Telemong telah berlangsung pada 5 - 7 Mac 2018 (Isnin hingg Rabu). Semua pasukan yang terlibat telah memberi kerjasama yang baik sepanjang kejohanan berlangsung.
Pages - Menu
PENGURUSAN 2017
Showing posts with label Kokurikulum. Show all posts
Showing posts with label Kokurikulum. Show all posts
Wednesday, 7 March 2018
Tuesday, 31 March 2015
MTQ PERINGKAT ZON A
SMK Kuala Telemong : Majlis Tilawah al-Quran telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Mac 2015 di Aspura SMK Kuala Telemong Peringkat Zon A. Antara sekolah yang mengambil bahagian ialah SMK Kuala Telemong, SMK Kuala Jenderis, SMK Jenagor, SMK Matang dan SAHUT. Kuala Telemong telah memenangi tempat kedua bagi Tilawah al-Quran (Lelaki dan Perempuan), tempat kedua Hafazan (lelaki), tempat ketiga Hafazan (Perempuan), Tempat ketiga Nasyid, tempat ketiga Syarahan (Perempuan) dan saguhati Syarahan (Lelaki). Tahniah kepada semua peserta yang mengambil bahagian.
Monday, 16 February 2015
MESYUARAT KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2015
SMK KUALA TELEMONG : Pada 16 Februari 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Kuala Telemong, satu mesyuarat Kejohanan Balapan dan Padang telah diadakan bagi membahagikan tugas-tugas kepada ahli jawatankuasa yang terlibat. Kejohanan ini akan berlangsung pada 18, 24,25 dan 26 Februari 2015 bertempat di padang SMK Kuala Telemong.
Thursday, 15 January 2015
KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI 13
SMK KUALA TELEMONG : Kejohanan merentas desa kali ke 13 telah diadakan pada 15 Januari 2015. Kejohanan ini dimulai dengan Nyanyian lagu Nrgaraku, Selamat Sultan, lagu Sekolah dan bacaan doa. Jam 7.45 pg, para peserta diberi taklimat kejohanan dan aktiviti memanaskan badan. Empat kategori dipertandingkan iaitu Kategori P15/Pendidikan Khas, Kategori L15, Kategori P18 dan Kategori L18. Majlis penutup dirasmikan oleh Hjh Esah binti Yusof, Pengetua SMK Kuala Telemong. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
| Pelepasan peserta kategori P15, P18 dan Pendidikan Khas |
| Pelepasan Peserta L15 dan L18 |
| Barisan Pengurusan Sekolah serta guru-guru bersama dengan semua peserta yang menerima pingat bagi kategori masing-masing |
Thursday, 17 April 2014
KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSDHT 2014
KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSDHT 2014
dengan kerjasama
DESA MURNI BATIK
Tarikh :
13 -16 APRIL 2014
Pengelolaan Oleh :
SMK KUALA TELEMONG
Kejohanan ini adalah satu aktiviti kokurikulum yang telah dirancang dalam Unit Sukan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu dan dikelolakan oleh SMK Kuala Telemong selaku tuan rumah. Kejohanan ini dijalankan di empat buah padang iaitu Padang PAKR Kuala Telemong, Padang Kg. Chepoh, Padang Kg. Getang dan Padang Kg. Pantai Ali. Sebanyak 16 buah sekolah menengah di Daerah Hulu Terengganu yang menyertai pertandingan ini.
Setinggi-tinggi penghargaan buat penaja utama kejohanan bola sepak MSSDHT 2014 iaitu Desa Murni BATIK serta buat semua yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini.
Tahniah diucapkan kepada sekolah yang telah berjaya menjadi Johan B15 iaitu SMK Jenagor manakala B18 juga disandang oleh SMK Jenagor. Naib Johan B15 pula disandang oleh SMK Ajil manakala bagi kategori B18 disandang oleh SAHUT. SMK Kuala Telemong sebagai tuan rumah berjaya meraih tempat ketiga bagi kedua-dua kategori. Syabas dan tahniah buat semua yg telah berjaya.
Sunday, 9 March 2014
TAHNIAH BUAT ATLIT L18 TERBAIK MSST 2014
TAHNIAH !!!!!
Syabas dan tahniah diucapkan kepada atlit sekolah, Mohd Nor Harzimi bin Ishak kerana telah berjaya meraih 3 pingat emas dalam kejohanan Majlis Sukan Sukan Terengganu sekaligus meraih anugerah Atlet L18 terbaik MSST 2014.Sekalung tahniah juga buat guru pembimbing dan juga tenaga pengajar yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.Warga SMeT mendoakan lebih banyak lagi kecemerlangan pada masa akan datang.
Sunday, 23 June 2013
Sunday, 17 March 2013
PENYAMPAIAN PINGAT DAN SIJIL KEPADA ATLIT SEKOLAH YANG BERJAYA MERAIH PINGAT MSSDHT
Majlis penyampaian pingat dan sijil telah diadakan pada 17 Mac 2013 bertempat di Dataran Perhimpunan SMK Kuala Telemong. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Tuan Pail bin Tuan Jusoh, Pengetua SMK Kuala Telemong.
Tahniah diucapkan kepada semua atlit sekolah yang telah menyertai pertandingan yang telah dianjurkan oleh Majlis Sukan Sukan Daerah Hulu Terengganu yang telah diadakan pada 10 - 14 Mac 2013. Semoga SMKKT akan terus cemerlang pada masa akan datang.
Wednesday, 13 February 2013
KARNIVAL PERMAINAN SMeT
KARNIVAL PERMAINAN ANTARA RUMAH-RUMAH SUKAN
Tarikh: 13 - 15 Februari 2013 (Rabu - Jumaat)
Masa : 2.30 petang
Acara:-
13/2/2013 - Bola jaring
- Bola tampar
- Badminton
- Ping pong
- Bola baling
Tuesday, 22 January 2013
KEJOHANAN MERENTAS DESA SMKKT 2013
KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK KUALA TELEMONG 2013
TARIKH : 23 JANUARI 2013 (RABU)
TEMPAT : SMK KUALA TELEMONG
MASA : 8.30 PAGI
ANJURAN: UNIT SUKAN SMK KUALA TELEMONG
Tuesday, 10 July 2012
Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia 2012
Matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat serta membudayakan senaman sebagai amalan rutin sepanjang hidup mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk melakukannay kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan badan. Disamping itu, aktiviti senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan diri dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.
Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia dijadikan amalan di sekolah-sekolah bagi mencapai objektif berikut :
1) Meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan.
2) Melibatkan penyertaan semua murid.
2) Melibatkan penyertaan semua murid.
3) Mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat.
4) Mengamal aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul.
Monday, 30 April 2012
Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform Kali Ke 10/2012
Ko-kurikulum adalah salah satu cabang yang sangat penting dalam kurikulum pendidikan Negara. Oleh hal yang demikian, Unit Perkhemahan Unit Beruniform SMK Kuala Telemong tahun ini cuba merangka program yang lebih agresif dan berinovatif dalam memenuhi tuntutan kejayaan yang lebih cemerlang dalam diri seseorang murid. Perkhemahan ini juga bertujuan untuk membina insan yang lebig cemerlang , seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan social melalui aktiviti yang telah dirancangkan.
Perkhemahan Pasukan Bandan Beruniform (PBB) kali ke 10/2012 telah diadakan pada 26, 27 dan 28 April 2012 bertempat di SMK Kuala Telemong. Perkhemahan ini dianjurkan oleh Unit Ko Kurikulum SMK Kuala Telemong dengan bertemakan “Ko-Kurikulum dan kecemerlangan Kendiri”.
![]() |
| Klik pada gambar untuk melihat gambar-gambar sepanjang perkhemahan dijalankan |
Antara objektif perkhemahan ini ialah pelajar lebih berkeyakinan dan sentiasa mengamalkan sikap toleransi dan bekerjasama antara satu sama lain, dapat mengukuhkan hubungan diantara pelajar dan guru serta dapat meningkatkan ketahanan mental dan fizikal pelajar.
Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan iaitu :
Aktiviti 1 – Riadah / Nyanyian Lagu Patriotik
Aktiviti 2 – Demostrasi Pertolongan Cemas (PBSM)
Aktiviti 3 – Demostrasi Abserling (JPA)
Aktiviti 4 – Pertandingan Kawad Kaki dan Orientering
Aktiviti 5 – Pertandingan Kitar Semula Suni Kraft, Gajet dan Masakan
Aktiviti 6 – Persiapan Malam Kebudayaan
Aktiviti 7 – Malam Kebudayaan,
Majlis perasmian penutup perkhemahan telah disempurnakan oleh YDP PIBG SMK Kuala Telemong iaitu En. Abdul Mutalib bin Musa.
Subscribe to:
Posts (Atom)












