PENGURUSAN 2017

Monday 27 February 2012

Watikah Perlantikan Pengawas



Majlis Watikah Perlantikan Pengawas SMKKT telah diadakan pad 26 Februari 2012 pada pukul 8.oo pagi di dataran SMKKT. Watikah Perlantikan ini telah disempurnakan oleh Inspektor Wan Samsul Bin Wan Hassan, Penolong Ketua Cawangan Khas daerah Kuala Berang dan diiringi oleh  En. SM. Yazid Bin Man, Ketua Balai,Balai Polis Kuala Telemong merangkap Pegawai Perhubungan Polis Sekolah
Tahniah diucapkan kepada semua pengawas yang telah dilantik. Semoga anda semua menjalankan tugas dengan berhemah dan menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab dan semoga anda semua menjadi contoh tauladan kepada semua pelajar yang lain.

Majlis Jasamu Dikenang

Majlis Jasamu Dikenang telah diadakan pada 26 Februari 2012 sempena meraikan guru-guru yang bertukar ke sekolah lain. Seramai 5 orang guru yang diraikan iaitu En.Ruslan Bin Sulaiman yang bertukar ke SMK Seri Nilam, Pn. Wan Maznah Bt Wan Kadir dan En. Mohd Shafri Bin Muda ke SMK Tapu, Cik Zaharah Bt Awang ke SMK Lembah Bidong dan Pn. Sabariah ke SMK Bukit Besar.



Warga SMKKT mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala sumbangan yang telah diberikan oleh mereka selama berkhidmat di SMKKT.Segala jasa dan pengorbanan yang diberikan tetap dikenang hingga ke akhir hayat. Selamat bertugas di sekolah baru dan semoga terus berjaya mendidik anak-anak bangsa.

Sunday 19 February 2012

Pelancaran Minggu Anti Dadah


Pelancaran Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah SMKKT
Tarikh :
19 -29 Februari 2012
Tempat :
Dataran SMKKT
Perasmian Oleh :
To’ Puan Hajjah Rahmah Ahmad (Pengetua SMKKT)
Motto :
“ 1 Malaysia Membanteras Dadah”

Thursday 16 February 2012

Program Gerak Sedar & Motivasi Diri PMR

Program Gerak Sedar dan Motivasi Diri PMR 2012 telah diadakan pada 15 Februari 2012 bertempat di Bilik Seminar SMK Kuala Telemong. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Projek PMR dan Unit Bimbingan Kaunseling. Program ini diadakan sebagai salah satu langkah untuk menjana kecemerlangan akademik disamping tidak melupakan pembangunan sahsiah diri.


Antara Objektif program ini ialah memberikan panduan dalam proses pembelajaran berkesan dan efektif,memupuk semangat cintakan ilmu serta merealisasikan dalam kehidupan seharian, mengetahui kekuatan dan kelemahan untuk menjadi pelajar cemerlang serta membentuk tingkah laku dan nilai yang diterima dan selari dengan amalan masyarakat. Program ini telah dibahagikan kepada dua slot iaitu slot pertama "Smart Study" yang dikendalikan oleh Kaunselor SMK Kuala Telemong iaitu En. Hasrolizam Bin Mat Zaid dan Pn. Rozaini Binti Jusoh dan Slot kedua "Ceramah Motivasi Diri" telah dikendalikan oleh En. Mohd Ibrahim (Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Sultan Sulaiman 1).

Monday 13 February 2012

SMKKT Johan Hoki MSSDHT

Ucapan setinggi-tinggi tahniah daripada To'Pn. Hajjah Rahmah kepada Pengurus pasukan hoki (P) sekolah iaitu En.Ahmad Salman dan semua ahli pasukan hoki sekolah kerana telah berjaya menjadi Johan dalam Kejohanan Hoki MSSD Hulu Terengganu yang telah diadakan pada 9,10 &11 Februari 2012 bertempat di SK Getang. SMK Tengku Ampuan Intan telah menjadi Naib Johan dan tempat ketiga dimenangi oleh SMK Matang dan SM Sains Hulu Terengganu. Manakala bagi pasukan lelaki pula, Johan dimenangi oleh SMK Ajil, Naib Johan dimenangi oleh SMK Bukit Diman dan tempat ketiga dimenangi oleh SMK Menerong dan SMK Matang.

TAHNIAH sekali lagi diucapkan kepada pasukan hoki sekolah dan diharapkan kejayaan ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang.

"1MURID 1SUKAN"

Sunday 12 February 2012

Mesyuarat Agong PIBG kali ke-9



MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE 9 SMK KUALA TELEMONG
TARIKH : 11 FEBRUARI 2012
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SMK KUALA TELEMONG
PERASMIAN OLEH : YB. TUAN HAJI MOHD NOR BIN OTHMAN (AMN.,PJC.,PJK)
AHLI PARLIMEN HULU TERENGGANU
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...