PENGURUSAN 2017

Thursday 24 May 2012

SMKKT Terima 4 Anugerah Sempena Hari Guru Peringkat Daerah


Alhamdulillah..Bersyukur ke Hadrat Allah S.W.T  kerana limpah kurniaNYA, SMK Kuala Telemong telah meraih empat anugerah sempena Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Hulu Terengganu. SMKKT telah menerima Anugerah Pengurusan Laman Webblog Terbaik, Pengurusan eBOOK Terbaik, Makmal Sains Terbaik dan Piala Pusingan Asrama Terbaik.


 
Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Hulu Terengganu telah diadakan di SMK Tengku Ampuan Intan pada 24 Mei 2012 bermula jam 8.00 pagi. Semoga kejayaan ini akan terus dikekalkan pada masa akan datang dan semoga SMKKT terus maju dan terus cemerlang dan meraih lebih banyak lagi anugerah diperingkat daerah, negeri mahupun antarabangsa..

SMKKT MAJU 2014


Wednesday 23 May 2012

Penghargaan Kepada Pelajar Berhelmet Ke Sekolah


Pada 23 Mei 12, seramai 11 orang pelajar SMKKT diberi penghargaan oleh To' Puan Hajjah Rahmah Ahmad (Pengetua) SMMKT dalam bentuk hamper kerana memakai topi keledar semasa menungggang motorsikal ke sekolah. Penghargaan ini adalah sebagai galakan kepada pelajar lain agar sentiasa mementingkan aspek keselamatan semasa menunggang motorsikal.

Tuesday 22 May 2012

SMKKT Terima Anugerah Pengurusan eBOOK Terbaik


SMK Kuala Telemong telah menerima anugerah Pengurusan eBOOK Terbaik bagi kategori sekolah menengah. Anugerah ini diterima sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu pada 21 Mei 2012.Semoga SMKKT akan terus cemerlang pada masa akan datang. 



SMKKT MAJU 2014


Wednesday 16 May 2012

Sambutan Hari Guru & Kakitangan 2012

Sambutan Hari Guru dan kakitangan SMKKT 2012 telah diadakan pada 16 MEI 2012 bertempat di Dataran Perhimpunan SMKKT. Sambutan ini telah dianjurkan oleh Kelab Keluarga SMKKT. Sambutan ini telah dihadiri oleh En Mohd Arifin bin Ismail, Penolong Pengarah Data, Unit Menengah JPNT merangkap Pegawai perhubungan SMKKT dan YDP PIBG iaitu En. Mutalib bin Muda.
Antara aturcara sambutan yang telah dijalankan ialah : 
  • Ucapan Aluan oleh Pengerusi majlis.
  • Bacaan Doa
  • Ucapan Selamat Hari Guru oleh wakil pelajar
  • Ucapan Selamat Hari Guru oleh  Pengerusi Kelab Keluarga 2012
  • Bacaan Teks Ucapan PPDHT
  • Bacaan Teks Ucapan Pengarah JPNT
  • Bacaan Teks Ucapan Menteri, KPM
  • Bacaan Ikrar Guru
  • Nyanyian Koir oleh semua guru (Lagu Guru Malaysia & Lagu Tema Hari Guru 2012)
Penyampaian hadiah dan sijil kepada guru matapelajaran yang meningkat peratus GPS bagi peperiksaan PMR, SPM dan STPM


 Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah :
  • Pertandingan hulur getah melalui straw
  • Pertandingan Basikal Lambat
  • Pertandingan hulur belon berisi air
  • Pertandingan Rebut Kerusi
  • Pertandingan cari gula-gula dalam tepung
  • Pertandingan jalinan kasih
  • Pertandingan tarik tali


.

Thursday 3 May 2012

Perasmian Penutupan Bulan Disiplin 2012

Photobucket
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK MELIHAT GAMBAR-GAMBAR LAIN SEMASA MAJLIS BERLANGSUNG

Perasmian penutupan bulan disiplin 2012 SMK Kuala Telemong telah diadakan pada 2 MEI 2012 iaitu pada hari Rabu pada jam 7.30 pagi bertempat di Dataran Perhimpunan SMK Kuala Telemong. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Shafruddin Bin Haji Ali Hussin, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu.

Antara aktiviti - aktiviti yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Pelaksana program sepanjang bulan disiplin ialah PROGRAM AADK, CERAMAH JKJR, OPS BERSEPADU PONTENG, MELUKIS POSTER ANTI DADAH, PERTANDINGAN MOTTO DISIPLIN, ANUGERAH SIFAR PONTENG DAN ANUGERAH PELAJAR.


Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Hajjah Norrizam Yusoff diikuti oleh ucapan perasmian oleh Pegawai PPDHT iaitu Tuan Haji Shafruddin Bin Haji Ali Hussin. Majlis diserikan lagi dengan deklamasi sajak oleh pelajar seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang dalam pertandingan yang telah diadakan sepanjang bulan disiplin 2012.

Semoga dengan aktiviti serta program yang dianjurkan dapat melahirkan pelajar-pelajar SMK Kuala Telemong yang bersahsiah tinggi dan berbudi pekerti mulia serta lebih berdisiplin di dalam akademik mahupun ko-kurikulum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...