PENGURUSAN 2017

Saturday 28 February 2015

GOTONG ROYONG MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH

SMK KUALA TELEMONG : Pada 28 Februari 2015, satu gotong royong menceriakan kawasan sekolah telah diadakan. Gotong royong ini melibatkan kerjasama antara guru-guru, AJK PIBG, staf dan pekerja swasta SMK Kuala Telemong. Matlamat utama gotong royong ini adalah untuk mengecat semula bangunan sekolah. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan gotong royong ini.

Friday 27 February 2015

SAMBUTAN HARI LAHIR PELAJAR ASRAMA

SMK KUALA TELEMONG : Sambutan Hari Lahir pelajar asrama telah diadakan pada 27 Februari 2015 pada jam 8.00 malam bertempat di Dewan Makan Asrama. Sambutan ini bagi meraikan pelajar asrama yang lahir pada bulan Februari dan Mac. Pelbagai juadah makanan dan hadiah disediakan kepada pelajar asrama yang diraikan. Semoga dengan majlis ini, dapat memberi semangat kepada pelajar-pelajar untuk belajar lebih bersungguh-sungguh dan mencapai kejayaan yang cemerlang dalam semua bidang.

Monday 16 February 2015

MESYUARAT KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2015


SMK KUALA TELEMONG : Pada 16 Februari 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Kuala Telemong, satu mesyuarat Kejohanan Balapan dan Padang telah diadakan bagi membahagikan tugas-tugas kepada ahli jawatankuasa yang terlibat. Kejohanan ini akan berlangsung pada 18, 24,25 dan 26 Februari 2015 bertempat di padang SMK Kuala Telemong.

Saturday 14 February 2015

MAJLIS PELANCARAN BULAN DISIPLIN 2015


SMK KUALA TELEMONG : Majlis Pelancaran Bulan Disiplin peringkat sekolah telah diadakan pada 15 Februari 2015 bertempat di Dataran perhimpunan SMK Kuala Telemong. Majlis pelancaran ini dirasmikan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah iaitu En. Hasma Suhaimi bin Sulaiman dari PPD Hulu Terengganu. 


Wednesday 11 February 2015

PENYAMPAIAN HADIAH KEBERSIHAN KELAS BULAN JANUARI

SMK KUALA TELEMONG :  Pada 11 Februari 2015, satu penyampaian hadiah kepada kelas yang telah berjaya meraih hadiah bagi kategori kelas terbaik kebersihan bulan januari iaitu kelas 5 MPV dan bagi kategori 100% kedatangan bulan januari 2015, kelas tingkatan 6P2S telah berjaya meraih kategori tersebut. Penyampaian hadiah ini telah diberi semasa perhimpunan pagi bertempat di dataran SMK Kuala Telemong. Hadiah telah disampaikan oleh Hjh Esah binti Yusof, Pengetua SMK Kuala Telemong

Kelas MPV, Kelas terbaik Kebersihan bulan Januari

Kelas 6P2S, 100% Kedatangan bulan Januari

Wednesday 4 February 2015

PROGRAM PT3 HEBAT

SMK KUALA TELEMONG : Program perkongsiaan Kejayaan Ku Kejayaan Mu oleh pelajar dari SM Sains Hulu Terengganu telah diadakan pada 04 Februari 2015 bertempat di Bilik Seminar, SMK Kuala Telemong. Program ini disertai oleh semua pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan PT3 untuk tahun ini. Pelbagai perkongsian ilmu yang telah diberikan oleh dua org pelajar dari SM Sains Hulu Terengganu. Semoga ilmu yang disampaikan dapat memberi manfaat dan contoh buat pelajar PT3 SMK Kuala Telemong.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...