PENGURUSAN 2017

Friday 29 August 2014

KEM PEMANTAPAN SAHSIAH

KEM PEMANTAPAN SAHSIAH 
SMK KUALA TELEMONG

Tarikh : 27 - 29 Ogos 2014
Tempat : Masjid Kg, Baru Tetambah

Anjuran :
Badan Disiplin, Badan Dakwah, Panitia Pendidikan Islam dan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Kuala Telemong dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu dan Masjid Kg. Baru Tetambah.

Objektif Program :
1. Pendedahan tentang peranan para pelajar dalam meningkatkan kualiti hidup sebagai seorang Muslim.
2. Meningkatkan semangat motivasi dalaman dan luaran pelajar.
3. Mewujudkan suasana yang sakinah dan berterusan agar tertanam sikap yang bertanggungjawab dalam melahirkan pelajar yang cemerlang.
4. Cintakan masjid dan pentingnya solat berjemaah bercampur dalam masyarakat.
5. Sentiasa berakhlak mulia dan mengamalkan sikap sebagai seorang muslim dan mukmin.






Wednesday 27 August 2014

PROGRAM MOTIVASI DAN SELANGKAH KE UNIVERSITI

Program Motivasi dan Selangkah Ke Universiti

Tarikh : 26 Ogos 2014
Masa : 9.00 pagi - 1.30 petang
Tempat : Dewan Terbuka SMK Kuala Telemong

Anjuran :
Projek Kecemerlangan STPM dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling

Program ini merupakan salah satu program kecemerlangan STPM sesi 2014. Program ini bertujuan memberikan motivasi dan membakar semangat pelajar Pra-U untuk berjaya dalam hidup dan berjaya menjejakkan kaki ke universiti. Disamping itu, program ini bertujaun meraikan bekas pelajar STPM yang telah berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. 





Tuesday 26 August 2014

SAMBUTAN KEMERDEKAAN PELAJAR ASRAMA


Sambutan Kemerdekaan pelajar asrama SMK Kuala Telemong telah diadakan pada 26 Ogos 2014 bertempat di Dewan Makan asrama bermula pada jam 8.30. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sempena sambutan kemerdekaan ini antaranya adalah persembahan daripada pelajar asrama mengikut kumpulan masing - masing. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang terlibat.  





Thursday 21 August 2014

KEJOHANAN SUKAN DAN BALAPAN SMeT 2014


KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE-2
SMK KUALA TELEMONG

Tarikh : 19 -21 Ogos 2014
Tempat : Padang dan gelanggang SMK Kuala Telemong

Objektif :
1. Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar.
2. Melahirkan insan yang sentiasa berdaya saing dan berlumba-lumba.
3. Memperkukuhkan lagi aspek psikomotor, kognitif dan afektif pelajar.
4. Memupuk semangat kerjasama dan setiakawan serta berganding bahu dalam satu pasukan.
5. Memberi peluang kepada murid-murid untuk menyerlahkan bakat yang terpendam.
6. Menggilap bakat istimewa murid di dalam bidang sukan untuk diserlahkan ke peringkat yang lebih tinggi,

Keputusan Rasmi Kejohanan :
Johan : Rumah Biru
Naib Johan : Rumah Kuning
Ketiga : Rumah Merah
Ke Empat : Rumah Hijau







Tuesday 19 August 2014

SMeT RAIH DUA PENCAPAIAN SEMPENA PROGRAM PENDIDIKAN KEBERSIHAN

Alhamdulillah Syukur ke hadrat Allah S.W.T diatas segala nikmat-NYA, SMK Kuala Telemong telah berjaya meraih naib johan dan ketiga sempena Pertandingan Kebersihan peringkat Daerah Hulu Terengganu. Naib Johan bagi kategori Mural (SM) dan tempat ketiga bagi kategori Kebersihan Kawasan (SM).
Majlis Penyampaian hadiah telah diadakan di SMK Tun Indera, Hulu Terengganu pada 19 Ogos 2014
Tahniah diucapkan kepada semua warga SMeT diatas kecemerlangan ini, semoga SMeT sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa akan datang. SMeT BOLEH!!




Sunday 17 August 2014

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2014

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN DAN KIBARKAN JALUR GEMILANG 2014

Tarikh : 17 Ogos 2014
Tempat : Dewan Terbuka SMK Kuala Telemong
Anjuran : Panitia Sejarah

Objektif Program :
1. Menaikkan lagi semangat nasionalisma di kalangan pelajar dan warga sekolah.
2. Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme dalam jiwa pelajar supaya kekal hingga remaja dan dewasa.
3. Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan.
4. Mewujudkan rase kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan perpaduan di semua peringkat.
5. Menyediakan ruang agar pelajar menggunakan kreativiti mereka semasa menjalankan kempen ini.

Aktiviti Sepanjang Bulan Kemerdekaan :
* Kuiz Terkumpul
* Esei Merdeka
* Mencipta Banner
* Melukis Poster
* Kelas Patriotik





,,

Friday 15 August 2014

PROGRAM KEM TAHSINUL SOLAT PELAJAR ASRAMA

PROGRAM KEM TAHSINUL SOLAT PELAJAR ASRAMA SMK KUALA TELEMONG
21210 KUALA TERENGGANU

Tarikh : 14 - 15 Ogos 2014
Tempat : Surau As Salam SMK Kuala Telemong
Anjuran Bersama : Unit HEM (Asrama) dan Panitia Pendidikan Islam SMK Kuala Telemong serta Pusat Yayasan Islam Terengganu.

Objektif Program : 
* Memberi pengalaman kepada pelajar yang terlibat menunaikan Qiamullail
*Memperbaiki ibadat solat dalam kehidupan.
* Meningkatkan dan memupuk nilai kerjasama dan ukhuwah persaudaraan.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanajang program ialah :
SLOT 1 : Wuduk Bestari
SLOT 2 : Kepentingan Solat
SLOT 3 : Ceramah Solat
SLOT 4 : Solat Dhuha dan Praktikal Solat
SLOT 5 : Bacaan dalam Solat (LDK)




Thursday 14 August 2014

SAMBUTAN RAYA AIDILFITRI 2014

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat SMK Kuala Telemong

Tarikh : 14 Ogos 2014. 
Tempat : Dataran Perhimpunan dan Dewan Terbuka SMK Kuala Telemong








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...