PENGURUSAN 2017

SEJARAH

                   Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Telemong atau nama ringkasnya SMK Kuala Telemong, terletak di Kampung Lubuk Batu, Mukim Kuala Telemong dalam linkungan pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu.
                 Terletak 28km dari Bandaraya Kuala Terengganu. Sekolah ini mempunyai rekabentuk baru yang cantik dan menarik. Sekolah ini diberi nama SMK Kuala Telemong sempena mengingati peristiwa Pemberontakan Tani di Terengganu yang berlaku di Kampung Telemong dibawah pimpinan Haji Abdul Rahman Limbong yang menyaksikan
seramai dua belas orang terkorban kerana menentang dasar British yang cuba mengganggu adat dan budaya orang tempatan. 
              SMKKT mula dibuka pada tarikh 4 Jun 2002 dengan penyerahan kunci dibuat oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu En. Razali Bin Ismail. Waktu persekolahan adalah sesi pagi bermula 7.30pg hingga 2.30ptg. Pada peringkat awalnya SMKKT ditadbir oleh En. Muie Bin Ngah (GPK 1) sebagai pemangku pengetua.
                   Jumlah pelajar pertama yang mendaftarkan diri ke sekolah ini apabila mula dibuka adalah seramai 300 orang yang terdiri dari pelajar tingkatan satu, dua dan empat. Pelajar-pelajar ini adalah dari SMK Belara dan SMK Matang. Jumlah guru pula ialah seramai 23 orang.     

Pengetua pertama ialah Puan Hajjah Ghaliah binti Bidin yang telah berkhidmat pada 1 April 2003 sehingga 31 Mei 2005. Mulai 1 Jun 2005 diganti pula dengan Pn Hajjah Kesema binti Embong. Beliau berkhidmat sehingga 26 Februari 2008. Selepas itu diganti pula dengan Tuan Hj Rasid bin Ngah yang mula berkhidmat pada 16 Mac 2005 sehingga 26 Jun 2011. Bermula 27 Jun 2011 sehingga 26 Februari 2013, To' Puan Hajjah Rahmah binti Ahmad berkhidmat sebagai pengetua SMKKT kemudian diganti pula dengan Haji Tuan Pail bin Tuan Jusoh bermula 27 Februari 2013 sehingga 3 Julai 2014. Pada 4 Julai 2014,  Hjh Esah binti Yusof dilantik menjadi Pengetua SMK Kuala Telemong dan beliau berkhidmat sehingga 16 Disember 2015. Kemudian, Tuan Haji Abdul Halim bin Muda dilantik menjadi Pengetua SMK Kuala Telemong bermula 16 Disember 2015 sehingga kini.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...