PENGURUSAN 2017

Thursday 24 July 2014

MAJLIS KHATAM AL QURAN

Majlis Khatam Al Quran
SMK Kuala Telemong

Tarikh : 24 Julai 2014
Tempat : Dewan Terbuka SMK Kuala Telemong

Tema : " Al Quran Penjana Generasi Rabbani "






Tuesday 22 July 2014

DIALOG PRESTASI PT3, SPM DAN STPM 2014

Dialog Prestasi PT3, SPM dan STPM 2014 merupakan satu program yang menghimpunkan ibu bapa pelajar elit bersama dengan pihak pengurusan sekolah bagi mengupas perkembangan akademik pelajar elit sepanjang peperiksaan berlangsung. Dialog ini juga secara tidak langsung menjelaskan harapan pihak sekolah untuk mengangkat kecemerlangan pelajar elit sekaligus mampu mengharumkan nama sekolah ke pentas pendidikan bertaraf antarabangsa.

Objektif Program :
  1. Memberi kesedaran kepada pelajar tentang harapan ibu bapa dan sekolah.
  2. Berkongsi harapan dan impian bersama-sama ibu bapa sekaligus mengupas segala permasalahan berkaitan akademik.
  3. Melihat perkembangan keputusan peperiksaan sepanjang tahun.
  4. Memberi motivasi dan rangsangan kepada pelajar untuk meraih kecemerlangan.
  5. Mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PT3, SPM dan STPM.




KUIZ ILMU -ILMU ISLAM 2014

Kuiz Ilmu-ilmu Islam merupakan aktiviti yang julung kali dimasukkan dalam kalendar aktiviti Ihya Ramadhan. Aktiviti ini telah dijalankan pada 22 Julai 2014 bertempat di Dewan Terbuka SMK Kuala Telemong anjuran Badan Dakwah dan Penghayatan Islam SMKKT. Aktiviti ini memfokuskan kepada pelajar tingkatan 4 dan 5 yang mewakili rumah sukan masing-masing.

Antara Objektif kuiz ini diadakan adalah bagi membudayakan penghayatan ilmu dikalangan para pelajar yang merangkumi sukatan pelajaran PAI. Selain itu, bagi menyemarakkan kerjasama dan kecintaan pelajar terhadap ilmu Islam yang merangkumi Fiqah, Ibadah, Akidah dan Sirah serta menjadikan platform bagi melahirkan modal insan yang berketrampilan dan berilmu.







Thursday 10 July 2014

CERAMAH AURAT DAN "BUDAYA COUPLE"

Ceramah Pengabaian menutup aurat dan budaya "couple" meruntuhkan akhlak remaja telah diadakan pada 10 Julai 2014 bertempat di Surau As Salam SMK Kuala Telemong. Ceramah ini telah diberikan oleh Ustazah Hjh Azizeh Binti Mohamad ( Pegawai Yayasan Islam Kuala Terengganu)

Objektif Program :
Menutup aurat adalah tuntutan agama Islam yang wajib dilakukan oleh semua umat Islam tanpa sebarang kompromi. Pengabaian menutup aurat dengan sempurna boleh menyebabkan seorang muslim terjerumus ke lembah kehinaan. Budaya "couple" dikalangan remaja sekolah pula kian menjadi-jadi dan merupakan salah satu punca berlaku pelbagai gejala sosial yang lain.
Dengan kesedaran inilah Badan Dakwah dan Penghayatan Islam dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SMK Kuala Telemong mengambil inisiatif untuk mengadakan ceramah khas bagi mengupas permasalahan ini. Dengan adanya pendedahan ini, diharapkan dapat memberi kesedaran kepada warga sekolah terutama adalah para sekolah.






Sunday 6 July 2014

MAJLIS SAMBUTAN PENGETUA BAHARU SMeT


Sambutan dan perarakan masuk pengetua baharu, Hjh Esah binti Yusof.





Tayangan video profile SMK Kuala Telemong

Ucapan aluan oleh Hjh Norrizam binti Yusoff (PK Pentadbiran)

Ucapan oleh Hjh Esah binti Yusof (Pengetua)


Thursday 3 July 2014

MAJLIS PERPISAHAN PENGETUA BERSAMA PELAJAR SMeT

Sambutan Majlis Perpisahan Hj Tuan Pail bin Tuan Jusoh bersama pelajar SMeT telah diadakan pada 
03 Julai 2014 bertempat di Dewan Terbuka SMeT. Pelbagai aturcara telah dijalankan antaranya persembahan pantun, sajak, koir dari wakil pelajar, tayangan multimedia dari unit ICT serta penyampaian hadiah.














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...