PENGURUSAN 2017

Thursday 17 April 2014

KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSDHT 2014

KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSDHT 2014 
dengan kerjasama 
DESA MURNI BATIK

Tarikh : 
13 -16 APRIL 2014

Pengelolaan Oleh :
SMK KUALA TELEMONG

Kejohanan ini adalah satu aktiviti kokurikulum yang telah dirancang dalam Unit Sukan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu dan dikelolakan oleh SMK Kuala Telemong selaku tuan rumah. Kejohanan ini dijalankan di empat buah padang iaitu Padang PAKR Kuala Telemong, Padang Kg. Chepoh, Padang Kg. Getang dan Padang Kg. Pantai Ali. Sebanyak 16 buah sekolah menengah di Daerah Hulu Terengganu yang menyertai pertandingan ini.

Setinggi-tinggi penghargaan buat penaja utama kejohanan bola sepak MSSDHT 2014 iaitu Desa Murni BATIK serta buat semua yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini.

Tahniah diucapkan kepada sekolah yang telah berjaya menjadi Johan B15 iaitu SMK Jenagor manakala B18 juga disandang oleh SMK Jenagor. Naib Johan B15 pula disandang oleh SMK Ajil manakala bagi kategori B18 disandang oleh SAHUT. SMK Kuala Telemong sebagai tuan rumah berjaya meraih tempat ketiga bagi kedua-dua kategori. Syabas dan tahniah buat semua yg telah berjaya.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...