PENGURUSAN 2017

Monday 18 February 2013

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SMKKT 2013/2014


Satu Majlis Watikah Perlantikan Pengawas telah berlangsung pada jam 8.00pagi bertempat di Dewan Terbuka SMK Kuala Telemong. Majlis ini telah disempurnakan oleh Insp. Wan Samsul Kahar bin Wan Hussain (IPD Hulu Terengganu). Seramai 50 orang pengawas telah menerima watikah perlantikan pada majlis tersebut. 

Objectif Majlis :
  • Melatih bakat-bakat kepimpinan agar mampu menjadi seorang pemimpin yang menjadi pelapis masa hadapan.
  • Memberi keyakinan bahawa pengawas mampu dan berupaya menjalankan amanat yang diberikan dengan penuh dedikasi.
  • Menjadikan sekolah sebagai pusat pembangunan budaya kepimpinan, berketerampilan dan pembentukan akhlak yang mulia.
  • Mewujudkan suasana sekolah yang harmonis dengan membudayakan kerjasama sesama pelajar.


Tentatif Program :

* Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
* Nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah
* Bacaan Doa
* Ucapan Pengetua SMKKT
* Ucapan dan perasmian oleh Pegawai Polis IPD Hulu Terengganu
* Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas SMKKT 2013/2014
* Ikrar oleh Ketua Pengawas
* Penyamapaian cenderahati
* Sesi Bergambar



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...