PENGURUSAN 2017

Wednesday 30 January 2013

PROGRAM CAKNA IBU

Pada 2 Februari 2013 (Sabtu) bertempat di Surau SMK Kuala Telemong akan berlangsung satu Program Cakna Ibu anjuran SMK Kuala Telemong. Semua ibu kepada pelajar SMKKT dijemput hadir bagi menjayakan program ini. Dua orang penceramah dijemput hadir bagi memberi ceramah pada program tersebut. Mereka ialah Puan Hajjah Hawa bin Embong, penceramah dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dan Motivator daripada JPNT iaitu En. Mohd Taha bin Sali.



Aturcara Majlis adalah seperti berikut :-

8.20pg  : Pendaftaran
             : Para ibu menuju ke surau

8.25pg  : Taklimat Program

8.30pg  : Bacaan doa
             : Sembahyang Sunat Dhuha dipimpin oleh Pn. Rokiah bt Daud

9.00pg  : Ceramah oleh Puan Hajjah Hawa bin Embong, penceramah dari Jabatan Hal Ehwal Agama      Terengganu

10.30pg : Kudapan

11.00pg : Ceramah oleh Motivator daripada JPNT iaitu En. Mohd Taha bin Sali.

1.00tgh  : Majlis Penutup oleh Pengetua

1.15tgh  : Jamuan makan tengah hari dan bersurai



HOMELY WELCOMES MR. ANDREW ZOROMSKI



Warga SMet mengalu-alukan kedatangan English Teaching Assistant (ETA) iaitu Mr. Andrew Zoromski yang akan berkhidmat selama 10 bulan di SMK Kuala Telemong , bermula pada 31 Januari 2013..

INFO:-

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Program Fullbright English Teaching Assistant (ETA) dibawah dasar MBMMBI sebagai salah satu usaha meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid sekolah. Bagi tahun 2013, program ini telah dikembangkan ke 75 buah sekolah di negeri Terengganu, Pahang & Johor.
Sehubungan dengan itu, SMK Kuala Telemong merupakan salah sebuah sekolah yang telah dipilih untuk mengikuti Program ETA ini bagi tahun 2013.

Thursday 24 January 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2013M/1434H

Program Sambutan Maulidur Rasul merupakan satu program yang dianjurkan oleh Badan Dakwah dan Penghayatan Islam SMKKT. Program ini bertujuan untuk mengingatkan kita tentang sirah kelahiran serta perjuangan Nabi Muhammad S.A.W. Disamping itu juga ia menilai sejauh mana ilmu para pelajar tentang sirah Nabi Muhammad S.A.W. Selain itu juga, program ini dapat menerapkan lagi sifat syukur ke dalam diri pelajar kerana telah menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W. Satu perarakan telah diadakan bermula dari Dataran SMK Kuala Telemong ke Masjid Kg. Kuala Telemong. Program diteruskan lagi dengan ceramah Maulidur Rasul telah disampaikan oleh Ustaz Hj Mustafa Kamal bin Hamzah.










Diharapkan Sambutan Maulidur Rasul ini dapat mewujudkan sikap sanggup berkorban terhadap Islam dalam diri masyarakat sekolah seluruhnya serta menghidupkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan seharian sebagai tanda cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Tuesday 22 January 2013

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMKKT 2013





KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK KUALA TELEMONG 2013

TARIKH : 23 JANUARI 2013 (RABU)
TEMPAT : SMK KUALA TELEMONG
MASA : 8.30 PAGI
ANJURAN: UNIT SUKAN SMK KUALA TELEMONG


Saturday 19 January 2013

PELANCARAN LAGU BARU SMKKT "BERILMU, BERAMAL"



Hari ini,tanggal 20 januari 2013 dengan rasminya SMKKT melancarkan lagu baru sekolah yang bertajuk ‘BERILMU, BERAMAL’ bagi menggantikan lagu lama sekolah setelah satu dekad digunakan.

‘BERILMU, BERAMAL’

KAMI MURID KUALA TELEMUNG

SEJIWA DAN SEKATA

BELAJAR DAN BERETIKA JADI BUDAYA

DISIPLIN TONGGAK UTAMA


GURU GIGIH MENCURAH ILMU
KAMI TEKUN MENERIMA
DENGAN TEKAD DAN AZAM JADI INSAN BERJAYA
PENERAJU ANAK BANGSA

KEPADA AYAH IBU
KAMI MEMOHON RESTU
KEPADA GURU-GURU
TERIMA KASIH CIKGU

‘BERILMU, BERAMAL’
TERSEMAT DI DADA
FALSAFAH PENDIDIKAN TERASNYA
‘BERILMU, BERAMAL’
MENJADI PEGANGAN
SMK KUALA TELEMUNG CEMERLANG
SMK KUALA TELEMUNG CEMERLANG

Lagu : Azman b. Abdullah
Lirik : Marzuki b. Saleh

Majlis Penyerahan Wang Bantuan Awal Persekolahan 2013



Pada 19 Januari 2013 bertempat di Dataran SMK Kuala Telemong, satu majlis Penyerahan Wang Bantuan Awal Persekolahan 2013 telah berlangsung. Majlis ini telah disempurnakan oleh  YB Tn Hj Rozi Bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri kepada semua pelajar bagi 3 buah sekolah iaitu SK Kuala Telemong, SK Bukit Tadok dan SMK Kuala Telemong.Majlis telah berlangsung dengan jayanya dan ribuan terima kasih diucapkan kepada YB Tn Hj Rozi Bin Mamat, barisan pengurusan sekolah dan semua guru serta semua yang telah terlibat bagi menjayakan majlis ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...