PENGURUSAN 2017

Saturday 25 July 2015

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SMK KUALA TELEMONG TAHUN 2015









Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2015 telah berjaya dilaksanakan dengan meriah dan gemilang. Semua guru dan murid hadir ke sekolah dengan pakaian hari raya yang indah. Para jemputan, guru dan murid dijamu dengan juadah hari raya yang ditaja oleh Kelab Keluarga SMeT dengan kerjasama Asrama Smk Kuala Telemong.

Sunday 14 June 2015

PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2015

SMK KUALA TELEMONG : Pada 14 Jun 2015 bertempat di Dewan Terbuka SMK Kuala Telemong, satu Pelancaran Ihya' Ramadhan telah diadakan. Perasmian ini telah dilancarkan oleh puan Pengetua SMK Kuala Telemong. Pelbagai aktiviti yang telah di aturkan sempena Ihya' Ramadhan yang bermula pada 14 Jun 2015 sehingga 16 Julai 2015. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah Program Ceramah, Tadarus, Buletin, Tazkirah, Solat Hajat/ Dhuha, Ifthor Jama'i, Kuiz, Teka Silangkata, Mereka Banting dan Hafaz Surah. Semoga semua aktiviti berjalan dengan lancar dan mudah-mudahan mendapat Rahmat dari ALLAH S.W.T.




 


Monday 25 May 2015

SMeT RAIH 5 ANUGERAH SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH HULU TERENGGANU 2015

SMK KUALA TELEMONG : Pada 25 Mei 2015, bertempst di Dewan SMK Bukit Diman, Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Hulu Terengganu telah diadakan. SMK Kuala Telemong telah meraih 3 anugerah bagi pertandingan keceriaan sempena hari guru peringkat daerah iaitu bagi kategori Makmal Sains Terbaik, Makmal Komputer Terbaik dan Bengkel KH terbaik dan 2 anugerah kecemerlangan akademik iaitu Gred Purata (GP) Terbaik STPM 2014 dan Lulus 100% STPM 2014. Tahniah dan Syabas kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. 


Tuesday 31 March 2015

MTQ PERINGKAT ZON A

SMK Kuala Telemong : Majlis Tilawah al-Quran telah berlangsung dengan jayanya pada  31 Mac 2015 di Aspura SMK Kuala Telemong Peringkat Zon A. Antara sekolah yang mengambil bahagian ialah SMK Kuala Telemong, SMK Kuala Jenderis, SMK Jenagor, SMK Matang dan SAHUT. Kuala Telemong telah memenangi tempat kedua bagi Tilawah al-Quran (Lelaki dan Perempuan), tempat kedua Hafazan (lelaki), tempat ketiga Hafazan (Perempuan), Tempat ketiga Nasyid, tempat ketiga Syarahan (Perempuan) dan saguhati Syarahan (Lelaki). Tahniah kepada semua peserta yang mengambil bahagian.


Saturday 28 March 2015

MESYUARAT PIBG KALI KE 12 DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2014


SMK KUALA TELEMONG : Pada 28 Mac 2015 (Sabtu) bertempat di Dewan Terbuka SMK Kuala Telemong, dua program telah diadakan iaitu Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar Tahun 2014 dan Mesyuarat PIBG Kali Ke 12. Majlis dimulai dengan Pendaftaran ibubapa dan penjaga pada jam 8.00pg. Pada jam 9.00pg, Majlis Anugerah Kecemerlangan pelajar dimulakan dan dirasmikan oleh wakil YB Dato' Jailani bin Johari iaitu En. Ismadi bin Zakaria, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Terengganu. Pada Jam 11.30pg, Mesyuarat PIBG kali ke 12 dimulakan dan berakhir pada jam 1.00 tgh. Cabutan bertuah dan jamuan kepada ibubapa juga turut disediakan. 







Tuesday 24 March 2015

DIALOG PRESTASI PELAJAR STPM PENGGAL 2

SMK KUALA TELEMONG : Pada 24 Mac 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Kuala Telemong, satu perjumpaan bersama ibu bapa pelajar STPM telah diadakan. Perjumpaan ini bertujuan untuk berbincang dan memaklumkan prestasi setiap pelajar kepada ibu bapa pelajar berkenaan. 







Wednesday 11 March 2015

DIALOG PRESTASI PT3

SMK KUALA TELEMONG : Dialog Prestasi PT3 telah diadakan pad 10 dan 11 Mac 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Kuala Telemong. Dialog ini disertai oleh pelajar PT3 bersama ibu bapa atau penjaga mengikut kelas yang telah ditetapkan. Dialog ini bertujuan untuk membincangkan isu akademik setiap pelajar dan bagi memaklumkan setiap ibubapa tentang prestasi akademik anak mereka. Semoga Dialog ini dapat memberi impak yg baik bagi menaikkan peratus lulus pelajar PT3.





Thursday 5 March 2015

DIALOG PRESTASI SPM

SMK KUALA TELEMONG : Dialog Prestasi SPM telah diadakan pad 5 Mac 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Kuala Telemong. Dialog ini disertai oleh pelajar SPM bersama ibu bapa atau penjaga mengikut kelas yang telah ditetapkan. Dialog ini bertujuan untuk membincangkan isu akademik setiap pelajar dan bagi memaklumkan setiap ibubapa tentang prestasi akademik anak mereka. Semoga Dialog ini dapat memberi impak yg baik bagi menaikkan peratus lulus pelajar dalam peperiksaan SPM 2015.

 





Monday 2 March 2015

TAHNIAH..SMK KUALA TELEMONG TERBAIK DAERAH STPM 2014

SMK KUALA TELEMONG : Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana keputusan peperiksaan STPM 2014 memperolehi keputusan yang cemerlang. SMK Kuala Telemong terbaik daerah Hulu Terengganu dan tempat ke 6 peringkat negeri Terengganu dengan Min PNGK 2.97. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua guru dan pelajar STPM 2014. Semoga kejayaan ini memberi semangat kepada guru-guru untuk terus mendidik anak-anak pelajar serta memberi peluang yang cerah kepada pelajar untuk melangkah ke menara gading.

 

Sunday 1 March 2015

PENGAGIHAN DANA BENCANA BANJIR TMESA

SMK KUALA TELEMONG : Pada 01 Mac 2015 bertempat di SMK Tengku Mahmud bermula jam 3.00 ptg, satu Majlis Pengagihan Dana Bencana Banjur TMESA telah diadakan bagi memberi sumbangan banjir kepada pelajar sekolah yang terlibat dengan bencana banjir. Seramai 9 orang pelajar dari SMK Kuala Telemong mendapat sumbangan bencana banjir ini. Dana ini adalah sumbangan daripada bekas pelajar SK Tengku Mahmud.


Saturday 28 February 2015

GOTONG ROYONG MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH

SMK KUALA TELEMONG : Pada 28 Februari 2015, satu gotong royong menceriakan kawasan sekolah telah diadakan. Gotong royong ini melibatkan kerjasama antara guru-guru, AJK PIBG, staf dan pekerja swasta SMK Kuala Telemong. Matlamat utama gotong royong ini adalah untuk mengecat semula bangunan sekolah. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan gotong royong ini.

Friday 27 February 2015

SAMBUTAN HARI LAHIR PELAJAR ASRAMA

SMK KUALA TELEMONG : Sambutan Hari Lahir pelajar asrama telah diadakan pada 27 Februari 2015 pada jam 8.00 malam bertempat di Dewan Makan Asrama. Sambutan ini bagi meraikan pelajar asrama yang lahir pada bulan Februari dan Mac. Pelbagai juadah makanan dan hadiah disediakan kepada pelajar asrama yang diraikan. Semoga dengan majlis ini, dapat memberi semangat kepada pelajar-pelajar untuk belajar lebih bersungguh-sungguh dan mencapai kejayaan yang cemerlang dalam semua bidang.

Monday 16 February 2015

MESYUARAT KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2015


SMK KUALA TELEMONG : Pada 16 Februari 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Kuala Telemong, satu mesyuarat Kejohanan Balapan dan Padang telah diadakan bagi membahagikan tugas-tugas kepada ahli jawatankuasa yang terlibat. Kejohanan ini akan berlangsung pada 18, 24,25 dan 26 Februari 2015 bertempat di padang SMK Kuala Telemong.

Saturday 14 February 2015

MAJLIS PELANCARAN BULAN DISIPLIN 2015


SMK KUALA TELEMONG : Majlis Pelancaran Bulan Disiplin peringkat sekolah telah diadakan pada 15 Februari 2015 bertempat di Dataran perhimpunan SMK Kuala Telemong. Majlis pelancaran ini dirasmikan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah iaitu En. Hasma Suhaimi bin Sulaiman dari PPD Hulu Terengganu. 


Wednesday 11 February 2015

PENYAMPAIAN HADIAH KEBERSIHAN KELAS BULAN JANUARI

SMK KUALA TELEMONG :  Pada 11 Februari 2015, satu penyampaian hadiah kepada kelas yang telah berjaya meraih hadiah bagi kategori kelas terbaik kebersihan bulan januari iaitu kelas 5 MPV dan bagi kategori 100% kedatangan bulan januari 2015, kelas tingkatan 6P2S telah berjaya meraih kategori tersebut. Penyampaian hadiah ini telah diberi semasa perhimpunan pagi bertempat di dataran SMK Kuala Telemong. Hadiah telah disampaikan oleh Hjh Esah binti Yusof, Pengetua SMK Kuala Telemong

Kelas MPV, Kelas terbaik Kebersihan bulan Januari

Kelas 6P2S, 100% Kedatangan bulan Januari
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...