PENGURUSAN 2017

Wednesday 27 June 2012

Sambutan 1 Dekad SMKKT

Majlis Sambutan 1 Dekad bertujuan untuk menyambut  ulang tahun penubuhan SMK Kuala Telemong yang ke 10. Majlis ini juga diadakan untuk mengingati kembali peristiwa sejarah yang telah berlaku di Padang kacung dan ianya mempunyai kaitan dengan nama sekolah ini.  Pelbagai aktiviti telah berlangsung, antaranya ialah pameran galeri 1 Dekad SMKKT, pameran dari agensi kerajaan, gerai jualan, pertandingan gubahan tuala dan menganyam ketupat.   

      

Majlis ini telah dirasmikan oleh Datuk Tengku Putera, Yang Dipertua Dun merangkap Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu. Majlis ini turut dihadiri oleh bekas-bekas pengetua, guru, pelajar dan kakitangan sekolah. Komuniti setempat turut hadir dan tidak melepaskan peluang menghadiri sambutan ini.

Adalah diharapkan dengan terlaksananya majlis ini, warga SMKKT akan dapat :

1. Mengingati 10 tahun penubuhan SMK Kuala Telemong.
2. Mengaitkan nama sekolah ini dengan peristiwa sejarah yang telah berlaku.
3. Mengimbas kembali kejayaan-kejayaan yang telah diperoleh oleh sekolah ini dalam pelbagai
    bidang serta peringkat.

Sambutan Hari Koperasi 2012


SAMBUTAN HARI KOPERASI 2012

TARIKH : 27 JUN 2012

TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN SMK KUALA TELEMONG

Tuesday 26 June 2012

Persiapan Sempena Sambutan 1 Dekad SMKKT


Tarikh  : 26 Jun 2012
Hari  : SELASA

7.40 - 8.20 : Solat Hajat, bacaan Yaasin dan
                                    Doa Selamat ( Dataran Perhimpunan )
                   10.30 : Gotong Royong memasang khemah untuk pameran
                       11.30 : Raptai untuk Sambutan 1 Dekad SMKKT
                     2.30  : Gotong Royong menyediakan bahan-bahan untuk memasak
 2.30       :1. Pertandingan Multimedia
                                             (Powerpoint /Photoshop/ Video Maker)
                            2. Pertandingan GSP dan G-Math 
            3. Sukaneka 
      4. Futsal
                5. Bola Jaring
                      6. Bola Taampar



Monday 18 June 2012

Ceramah Israk Mikraj

Israk dan Mikraj adalah di antara peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Israk bererti perjalanan Nabi Muhammad S.A.W pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin. Manakala Mikraj pula bererti Nabi diangkat ke Sidratul Muntaha dan seterusnya menerima perintah solat. Mengikut Pendapat yang masyhur, peristiwa ini berlaku pada malam Isnin 27 Rejab tahun ke 11 kerasulan, bersamaan 621 Masihi ketika baginda berumur 52 tahun.



Ceramah Israk dan Mikraj ini telah diadakan pada 17 Jun 2012 bertempat di dewan terbuka SMK Kuala Telemong. Dr. Zulkifli Bin Muda dijemput untuk memberikan ceramah.

Objektif program ini adalah untuk menanam rasa cinta kepada Rasulullah S.A.W dan mengetahui serta menghayati peristiwa di sebalik ibadat penting bagi umat Islam iaitu solat. 

Friday 15 June 2012

Kursus Haji Pelajar Tingkatan 5


Kursus Haji Kepada Pelajar Tingkatan 5 SMKKT telah diadakan pada 14 Jun 2012 bertempat di SMK Kuala Telemong. Para pelajar diberi kursus dan praktikal mengerjakan haji.

Monday 11 June 2012

Pertandingan Multimedia Sempena Sambutan 1Dekad SMKKT

Sempena sambutan 1 Dekad SMK Kuala Telemong pada 27 Jun 2012, satu pertandingan multimedia akan diadakan pada 26 Jun 2012. Pertandingan yang akan diadakan bertemakan Pengkisahan Sejarah Sekolah dengan menggunakan Microsoft Power Point dan Adobe Photoshop. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar SMKKT dengan menggunakan eBOOK dan netbook 1 Malaysia. Oleh itu kepada pelajar yang berminat untuk menyertai pertandingan, sila daftarkan nama anda kepada Cg. Tengku Haslinda atau EIO..Hadiah menarik disediakan kepada pemenang..Jangan lepaskan peluang!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...