PENGURUSAN 2017

Wednesday 5 March 2014

MINGGU SAINS DAN MATEMATIK 2014 @ SMeT

Minggu Sains dan Matematik adalah satu program yang dianjurkan oleh Panitia Sains Matematik. Program ini dijalankan selama 1 minggu.Sempena dengan program tersebut, pelbagai aktiviti telah dirancang. Program ini diadakan dengan matlamat untuk mengcungkil bakat dan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik yang dianggap sebagai mata pelajaran yang sukar dan membosankan.

OBJEKTIF PROGRAM
  • Meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sains dan Matematik bagi semua pelajar SMKKT dalam peperiksaan.
  • Membuang tanggapan bahawa mata pelajaran Sains dan Matematik adalah susah sebaliknya sangat menarik untuk dipelajari.
  • Memberi pengalaman yang menarik kepada pelajar untuk melakukan hands-on eksperimen melalui aktiviti yang dijalankan.
  • Menjana minda kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar.
  • Mengaplikasi ICT dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
  • Memupuk kesedaran pelajar untuk mencintai alam sekitar anugerah Allah menerusi penerapan nilai murni dalam aktiviti yang berkaitan dengan kitar semula.
  • Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar seperti sikap kerjasama, berkeyakinan dan bantu membantu.

ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG MINGGU SAINS DAN MATEMATIK 2014

  1. Eksperimen Mudah yang dijalankan oleh pelajar.
  2. Pertandingan Roket Air
  3. Pertandingan Soduku dan GMaths
  4. Cabaran Sifir, Kalkulator dan Congak Matematik
  5. Explorace Sains dan Matematik
  6. Pertandingan Inovasi menggunakan bahan terbuang
  7. Pertandingan membina dashboard VLE Frog
  8. Pertandingan Glider
  9. Demo GSP
PELANCARAN ROKET AIR
PERASMIAN BILIK PAMERAN SAINS OLEH EN. MOHD ZAMRI BIN AB. RAZAK DARI SEKTOR PENILAIAN AKADEMIK, JPNT
EKSPERIMEN MUDAH OLEH PELAJAR

EKSPERIMEN LETUSAN LAVA OLEH PELAJAR


EKSPERIMEN PEMBEDAHAN KATAK OLEH PELAJAR


KUIZ BERKAITAN SAINS


EKSPERIMEN UJIAN MAKANAN OLEH PELAJAR

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...