PENGURUSAN 2017

Wednesday 31 December 2014

PENDAFTARAN PELAJAR SMK KUALA TELEMONG 2015

SMK KUALA TELEMONG : Pada 31hb Disember 2014, pendaftran bagi semua tingkatan telah diadakan bertempat di Dewan Terbuka SMK Kuala Telemong. Ibu bapa juga turut serta datang untuk mendaftar anak mereka yang baru memasuki Tingkatan Satu. 
              Koperasi sekolah juga turut dibuka untuk memudahkan para pelajar dan ibubapa membeli barangan persekolahan mereka seperti buku, alat tulis, lencana sekolah dan sebagainya. Pada hari itu juga turut diadakan gotong royong membersihkan kelas dan menghias kelas masing-masing. 
                    Selamat kembali ke sekolah buat semua warga SMK Kuala Telemong, semoga kehadiran anda dengan azam baru dan berusaha untuk kecemerlangan diri dan sekolah.

 

Sunday 28 December 2014

PEMANTAPAN PENDIDIKAN ABAD KE 21

SMK KUALA TELEMONG : Pada 28hb Disember 2014 telah diadakan mesyuarat semua guru SMK Kuala Telemong untuk pembahagian tugas yang akan dilaksanakan pada sesi 2015. 
            Satu slot motivasi telah di berikan oleh En. Che Abdul Mutalib bin Ismail dari IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu. Pelbagai ilmu dan pengetahuan yang telah dikongsikan oleh beliau bagi memantapkan lagi pendidikan abad ke 21 yang akan ditempuh oleh semua pendidik. Semoga apa yang telah disampaikan oleh beliau dapat menyuntik semangat semua guru di SMK Kuala Telemong abgi memastikan kecemerlangan dari segi akademik mahupun Ko kurikulum.
  
 

Monday 22 December 2014

KEPUTUSAN PENILAIN PT3 SMK KUALA TELEMONG

Pelajar Cemerlang PT3 (9A 1B) bersama Hjh Esah binti Yusof (Pengetua) dan Hjh Norrizam binti Yusoff (PK Pentadbiran)

SMK KUALA TELEMONG : Seramai dua orang pelajar PT3 telah mendapat keputusan tertinggi iaitu pencapaian 9A dan 1B, pelajar tersebut ialah Nur Harissa Najia Binti Mohd Rosli dan Nor Ashlisa Binti Saidi. Manakala pencapaian 8A seramai empat orang iaitu Muhammad Badrul Amin bin Mahmood, Ainnur Alieya Bt Azizul, Nor Sahira Syakila Bt Md Yusop dan Siti Noor Azliyana Bt Nawang. Bagi pencapain lain, seramai enam orang telah mendapat 7A, tiga orang mendapat 6A dan 5 orang mendapat pencapaian 5A mengikut kedudukan 20 orang tertinggi.
        Semasa keputusan PT3 diumumkan, wakil dari pihak ACER telah turut serta melihat keputusan para pelajar PT3 serta ibu bapa juga turut serta datang untuk mengambil keputusan anak mereka masing-masing. 
      Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya meraih keputusan yang cemerlang dan tahniah juga diucapkan buat semua guru yang telah banyak mencurahkan ilmu dan berusaha melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang.

Pelajar 8A bergambar kenangan bersama Hjh Esah binti Yusof (Pengetua) dan Hjh Norrizam binti Yusoff (PK Pentadbiran)
Pelajar 7A bergambar kenangan bersama Hjh Esah binti Yusof (Pengetua) dan Hjh Norrizam binti Yusoff (PK Pentadbiran)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...