PENGURUSAN 2017

Tuesday 10 July 2012

Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia 2012

Matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat serta membudayakan senaman sebagai amalan rutin sepanjang hidup mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk melakukannay kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan badan. Disamping itu, aktiviti senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan diri dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.


Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia dijadikan amalan di sekolah-sekolah bagi mencapai objektif berikut :

1) Meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan.
2) Melibatkan penyertaan semua murid.
3) Mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat.
4) Mengamal aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...