PENGURUSAN 2017

Sunday 5 August 2018

AMALI SEMBELIHAN PELAJAR TINGKATAN 4




Tahniah atas kenaikan pangkat sebagai Pengetua dan selamat bertugas di sekolah baru diucapkan kepada YM. TENGKU MOHD NAZARI BIN TENGKU NGAH yang berpindah ke SMK Tapu berkuat kuasa 03 Julai 2018 dan selamat bertugas di sekolah baru diucapkan kepada En. Suhairi bin Sulong yang berpindah ke SMK Belara, berkuat kuasa 05 Julai 2018. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan di atas jasa bakti yang ditaburkan sepanjang berkhidmat di sini. Selamat maju jaya!



Monday 26 March 2018

MESYUARAT PIBG KALI KE-15 TAHUN 2018 & HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR TAHUN 2017

SMK KUALA TELEMONG : Pada 26  Mac 2018 telah diadakan Mesyuarat PIBG kali ke-15 tahun 2018 & Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar Tahun 2017 bertempat di Dewan Terbuka, SMK Kuala Telemong. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia En. Omar bin Adam, Pengarah Agensi Transformasi Rakyat Terengganu (ATRA). Ibu Bapa / Penjaga dijemput hadir bersama pelajar. Kehadiran ibu bapa sangat menggalakkan dan ibu bapa diharapkan dapat memberi kerjasama yang lebih baik untuk melihat kecemerlangan anak-anak SMK Kuala Telemong pada masa hadapan. In Sha Allah kita akan terus berusaha untuk memastikan kecemerlangan anak-anak SMK Kuala Telemong.













Wednesday 7 March 2018

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PERINGKAT SEKOLAH 2018

Kejohanan Balapan dan Padang  peringkat sekolah SMK Kuala Telemong telah berlangsung pada 5 - 7 Mac 2018 (Isnin hingg Rabu). Semua pasukan yang terlibat telah memberi kerjasama yang baik sepanjang kejohanan berlangsung.





















Wednesday 3 January 2018

SELAMAT BERSARA USTAZ ABDUL AZIZ BIN TAHA

Sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Ustaz Abdul Aziz bin Taha. Semoga segala ilmu yang telah di curahkan sepanjang perkhidmatan memberi keberkatan kepada semua anak didik. Kami warga SMeT mengucapkan selamat bersara dan semoga diberi kesihatan yang baik olehNya. Amiin


Monday 26 December 2016

MESYUARAT GURU PERTAMA SESI 2017

SMK KUALA TELEMONG : Mesyuarat guru kali pertama sesi 2017 telah diadakan pada 26 Disember 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Kuala Telemong. Tahniah dan syabas kepada semua guru yang menghadiri mesyuarat kali pertama ini. Semoga kerja buat guru-guru SMeT diberkati dan diredhai Allah SWT.




Thursday 25 August 2016

LAWATAN PENANDA ARAS EC SULTAN ABU BAKAR KE SMeT

SMK KUALA TELEMONG : Pada 25 Ogos 2016, Warga SMeT telah menerima Lawatan penanda aras dari English College Sultan Abu Bakar, Johor. Lawatan ini dihadiri oleh Penegetua EC Sultan Abu Bakar, PK HEM, Warden Asrama dan 32 orang pelajar. Mereka dibawa melawat bilik-bilik khas di SMeT. Antara bilik-bilik khas yang dilawati ialah Bilik Galeri Sekolah, Makmal Komputer, Makmal Sains, Bilik BOSS dan asrama sekolah.
 

Tuesday 23 August 2016

MAJLIS PERASMIAN BULAN KEBANGSAAN & KEMPEN KIBARKAN JALUR GEMILANG

SMK KUALA TELEMONG : Majlis perasmian bulan kebangsaan dan kempen kibarkan jalur gemilang telah dirasmikan oleh Tn. Hj Abdul Halim bin Muda (Pengetua) pada 23 Ogos 2016 bertempat di Dataran Perhimpunan SMK Kuala Telemong bermula jam 7.30 pagi. Antara aktiviti sepanjang yang akan dijalankan sepanjang kempen ialah Futsal, mencari harta karun, kelas ceria merdeka, pertandingan memasak, kuiz kemerdekaan, lukisan kemerdekaan, pertandingan puisi kemerdekaan dan buku skrapkemerdekaan.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...