PENGURUSAN 2017

Sunday 30 March 2014

PELANCARAN BULAN DISIPLIN SMeT 2014


MAJLIS PELANCARAN BULAN DISIPLIN 2014
( 31 MAC 2014 - 30 APRIL 2014)

TARIKH : 31 MAC 2014
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN
ANJURAN : BADAN DISIPLIN & UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

OBJEKTIF PROGRAM :
  1. Melahirkan pelajar yang berdisiplin dan bertanggungjawab
  2. Meningkatkan disiplin pelajar sebagai asas mencapai kecemerlangan kurikulum dan ko kurikulum
  3. Membentuk pelajar berakhlak mulia dan menyanjung budaya pelbagai bangsa
  4. Membentuk pelajar yang menghargai persekitaran, harta benda dan kebersihan sekolah
 



AKTIVITI SEPANJANG BULAN DISIPLIN :
  1. Pelancaran Bulan Disiplin
  2. Program Bersama AADK
  3. Ceramah dan Pameran JKJR
  4. " Sekolahku Indah "
  5. Lawatan ke Penjara
  6. Ops Bersepadu Ponteng Sekolah
  7. Pertandingan Motto Disiplin - Antara Kelas
  8. Pertandingan Buku Skrap - Maklumat Dadah
  9. Anugerah Kelas Sifar Ponteng
  10. Anugerah Kehadiran Penuh - Individu
  11. Anugerah Kelas Terbaik Keseluruhan 
  12. Anugerah Pelajar Mithali - Lelaki dan Perempuan

Thursday 20 March 2014

PELAJAR TERBAIK SPM 2013

 Tahniah dan syabas kepada pelajar cemerlang SPM 2013 SMeT iaitu Aiman Abdul Asham Bin Abd Manaf yang memperolehi keputusan 9A 1C (5A+, 3A, 1A-, 1C).
TAHNIAH juga buat semua guru yang mengajar SPM, berkat ilmu yang telah dicurahkan dapat melahirkan bintang-bintang yang bersinar dan semoga jasa dan pengorbanan guru-guru akan diberikan rahmat dan ganjaran dari ALLAH S.W.T.. 

Wednesday 19 March 2014

TAHNIAH!!! SMeT TERBAIK DAERAH HULU TERENGGANU STPM 2013

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon STPM SMeT 2013 kerana telah mencapai PNGK 2.71 dan terbaik daerah Hulu Terengganu. Tahniah juga diucapkan kepada semua guru kerana tidak pernah jemu mencurahkan ilmu kepada anak didik. Semoga kejayaan yang cemerlang akan terus di coret di SMK Kuala Telemong.




Sunday 9 March 2014

LADAP 1 SMeT 2014

LADAP 1
"INTEGRITI DALAM PENDIDIKAN"
 TARIKH : 8 MAC 2014 (SABTU)
MASA : 8.00PG - 2.00PTG
TEMPAT : DEWAN SEMINAR YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA (YPK)

OBJEKTIF
  • Meningkatkan  perasaan kasih sayang sesama murid.
  • Mewujudkan hubungan mesra antara murid dan guru.
  • Melahirkan warga sekolah yang sentiasa prihatin dengan kesusahan orang lain.
  • Membina sikap suka memberi dan menghulurkan tangan kepada insan-insan yang memerlukan. 
TENTATIF PROGRAM
  • 8.00 - 8.30pg - Pendaftaran
  • 8.30 - 9.00pg - Ucapan Pengetua , Hj. Tuan Pail b. Tuan Jusoh
  • 9.00 - 10.00pg - Slot 1 : Ceramah "Integriti Dalam Pendidikan" oleh Tn. Haji Ghafar b. Mamat, Ketua Pengarah Pentadbiran YPK.
  • 10.30 - 11.00pg - Minum pagi
  • 11.00 - 1.00ptg - Slot 2 : Bengkel oleh Tn. Haji Ghafar b. Mamat, Ketua Pengarah Pentadbiran YPK.
  • 1.00 - 2.00ptg - Slot 3 : Taklimat Audit oleh Pn. Hjh Norrizam bt Yusoff , GPK Pentadbiran SMKKT
  • 2.00 - 2.30ptg Makan Tengahari dan bersurai 






TAHNIAH BUAT ATLIT L18 TERBAIK MSST 2014

TAHNIAH !!!!!
Syabas dan tahniah diucapkan kepada atlit sekolah, Mohd Nor Harzimi bin Ishak kerana telah berjaya meraih 3 pingat emas dalam kejohanan Majlis Sukan Sukan Terengganu sekaligus meraih anugerah Atlet L18 terbaik MSST 2014.Sekalung tahniah juga buat guru pembimbing dan juga tenaga pengajar yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.Warga SMeT mendoakan lebih banyak lagi kecemerlangan pada masa akan datang.

Wednesday 5 March 2014

MINGGU SAINS DAN MATEMATIK 2014 @ SMeT

Minggu Sains dan Matematik adalah satu program yang dianjurkan oleh Panitia Sains Matematik. Program ini dijalankan selama 1 minggu.Sempena dengan program tersebut, pelbagai aktiviti telah dirancang. Program ini diadakan dengan matlamat untuk mengcungkil bakat dan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik yang dianggap sebagai mata pelajaran yang sukar dan membosankan.

OBJEKTIF PROGRAM
  • Meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sains dan Matematik bagi semua pelajar SMKKT dalam peperiksaan.
  • Membuang tanggapan bahawa mata pelajaran Sains dan Matematik adalah susah sebaliknya sangat menarik untuk dipelajari.
  • Memberi pengalaman yang menarik kepada pelajar untuk melakukan hands-on eksperimen melalui aktiviti yang dijalankan.
  • Menjana minda kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar.
  • Mengaplikasi ICT dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
  • Memupuk kesedaran pelajar untuk mencintai alam sekitar anugerah Allah menerusi penerapan nilai murni dalam aktiviti yang berkaitan dengan kitar semula.
  • Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar seperti sikap kerjasama, berkeyakinan dan bantu membantu.

ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG MINGGU SAINS DAN MATEMATIK 2014

  1. Eksperimen Mudah yang dijalankan oleh pelajar.
  2. Pertandingan Roket Air
  3. Pertandingan Soduku dan GMaths
  4. Cabaran Sifir, Kalkulator dan Congak Matematik
  5. Explorace Sains dan Matematik
  6. Pertandingan Inovasi menggunakan bahan terbuang
  7. Pertandingan membina dashboard VLE Frog
  8. Pertandingan Glider
  9. Demo GSP
PELANCARAN ROKET AIR
PERASMIAN BILIK PAMERAN SAINS OLEH EN. MOHD ZAMRI BIN AB. RAZAK DARI SEKTOR PENILAIAN AKADEMIK, JPNT
EKSPERIMEN MUDAH OLEH PELAJAR

EKSPERIMEN LETUSAN LAVA OLEH PELAJAR


EKSPERIMEN PEMBEDAHAN KATAK OLEH PELAJAR


KUIZ BERKAITAN SAINS


EKSPERIMEN UJIAN MAKANAN OLEH PELAJAR

Saturday 1 March 2014

MESYUARAT AGUNG PIBG SMeT 2014

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 11
PENETAPAN TARGET PMR, SPM DAN STPM
TAHUN 2014

TARIKH : 01 MAC 2014
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : FOYER SMK KUALA TELEMONG

PERASMIAN OLEH :
YG BERHORMAT DATO' JAILANI BIN JOHARI
TIMBALAN MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
(MERANGKAP AHLI PARLIMEN HULE TERENGGANU)











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...