PENGURUSAN 2017

Thursday 25 August 2011

Anugerah Makmal Sains Terbaik

  Makmal Sains SMK Kuala Telemong telah di anugerahkan sebagai Makmal Sains Terbaik bagi Daerah Hulu Terengganu sempena sambutan Hari Guru peringkat Hulu Terengganu.Jutaan Tahniah diucapkan kepada ketua bidang sains En. Nordin Bin Zakaria, guru-guru sains dan pembantu makmal sains iaitu Pn. Noor Maznita Bt. Che Aziz, Pn.Ani@Rosmalia Bt A.Ghani dan Mohd Nasir Bin Mustafa dan juga buat semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung. Semoga Kejayaan ini dapat dikekalkan lagi pada masa akan datang.

Majlis Khatam Al Quran

Majlis Khatam Al Quran SMK Kuala Telemong telah diadakan pada 25 Ogos 2011 bertempat di Dewan Terbuka SMK Kuala Telemong bermula jam 11.00 pg. Majlis diketuai oleh Ustaz Mohd Noor dan diiringi oleh semua guru dan pelajar SMK Kuala Telemong. 

"Al Quran Teras Kecemerlagan Insan"

Wednesday 24 August 2011

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri dan salam kemaafan buat semua warga SMKKT...Semoga lebaran tahun ini akan memberi seribu kebaikan dan keberkatan dalam hidup kita semua...Kepada guru-guru yang akan pulang ke kampung halaman, selamat memandu dan berhati-hati dijalan raya, semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...