SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH DAN SELAMAT TAHUN BARU 2013 DIUCAPKAN KEPADA SEMUA WARGA SMK KUALA TELEMONG. SEMOGA TAHUN INI MEMBERI SERIBU MAKNA DAN HARAPAN. SEMOGA SMK KUALA TELEMONG AKAN TERUS MAJU DAN MENCAPAI LEBIH KEGEMILANGAN BERBANDING TAHUN SEBELUMNYA.
Pages - Menu
PENGURUSAN 2017
Sunday, 30 December 2012
Wednesday, 19 December 2012
PELAJAR TERBAIK PMR 2012
TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA PELAJAR CEMERLANG PMR SMKKT 2012 IAITU SAUDARI SITI AISHAH ZULKARNAIN YANG BERJAYA MEMPEROLEHI STRAIGHT "A" DIDALAM PEPERIKSAAN PMR 2012..SEMOGA BELIAU AKAN TERUS MAJU DAN CEMERLANG PADA MASA AKAN DATANG..
TAHNIAH DAN SYABAS JUGA BUAT GURU YANG TELAH BERJAYA MELAHIRKAN PELAJAR YANG CEMERLANG. TANPA GURU KEJAYAAN TIDAK AKAN TERCIPTA.
Sunday, 18 November 2012
Selamat Menduduki Peperiksaan STPM 2012
Selamat menduduki peperiksaan STPM buat semua calon STPM SMK Kuala Telemong. Selamat berjuang sehingga ke akhirnya. Semoga kejayaan menjadi milik anda semua. Tiada yang mustahil sekiranya perjuangan anda diiringi dengan usaha yang gigih, doa yang berpanjangan serta tawakkal kepada ALLAH SWT. Segala usaha anda akan dibalas dengan kejayaan yang cemerlang.
"Nothing Is Impossible"
"Do the best, To get The Best"
Sunday, 4 November 2012
JAMUAN AKHIR TAHUN KELAB KELUARGA SMeT 2012
TEMPAT : HOTEL GRAND CONTINENTAL, K .TRG
TARIKH : 4 NOV 2012
MASA : 2.30 PTG
Majlis ini dianjurkan bagi meraikan segala kerja keras dan pengorbanan yang dicurahkan oleh para guru dan kakitangan SMKKT sepanjang tahun persekolahan disamping dapat mengeratkan tali persaudaraan di antara ahli kelab keluarga SMeT.
Antara Hadiah dan cabutan bertuah yang disediakan pada Jamuan Akhir Tahun SMKKT 2012 |
En. Azman bin Tawang (GPK HEM) menerima salah satu anugerah daripada pengetua |
Salah seorang guru yang bertuah menerima hadiah cabutan bertuah. |
Monday, 8 October 2012
Selamat Menduduki PMR 2012
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR KEPADA SEMUA CALON SMK KUALA TELEMONG.SEMOGA DIBERI KETENANGAN DALAM MENJAWAB SOALAN DAN INGATAN YANG KUAT DALAM MENEMPUH PEPERIKSAAN. SEMOGA KEJAYAAN MILIK SEMUA..SELAMAT MAJU JAYA DARI KAMI WARGA SMK KUALA TELEMONG.
Saturday, 4 August 2012
PROGRAM BERSAMA YAYASAN KEMANUSIAAN MUSLIM AID MALAYSIA
Agenda utama YayasanKemanusiaan Muslim Aid Malaysia adalah menyelaras, memberi khidmat nasihat, memantau dan melaksanakan segala aktiviti -aktiviti kemanusiaan. Muslim Aid akan sentiasa menjalankan kajian pembangunan, seterusnya menyalurkan maklumat dan idea agar segala program bantuan dapat dilaksanakan secara telus.
Diantara program utama Muslim Aid adalah bantuan untuk anak-anak yatim piatu dan kanak-kanak di mana bekalan makanan, pakaian, rawatan perubatan dan pendidikan asas serta bantuan kewangan disalurkan kepada rumah-rumah anak yatim.
PROGRAM BERSAMA YAYASAN KEMANUSIAAN MUSLIM AID MALAYSIA telah diadakan pada 04 Ogos 2012 bertempat di DEWAN MAKAN ASRAMA SMK KUALA TELEMONG. Sasaran peserta seramai 30 orang PELAJAR YATIM/MISKIN
SMK KUALA TELEMONG. Mereka telah diraikan dengan Majlis berbuka puasa dan diberi sumbangan duit raya oleh PN ROSIDA BT ISMAIL, PEGAWAI dari YAYASAN KEMANUSIAAN MUSLIM AID MALAYSIA
YAYASAN KEMANUSIAAN MUSLIM AID MALAYSIA sentiasa peka dengan keperluan masyarakat di Malaysia dan di seluruh dunia. Muslim Aid akan menyaring permohonan dan penerima bantuan, serta memastikan saluran dan perlaksanaan projek bantuan sampai ke sasaran. Segala bantuan diurus dengan cara paling produktif, dan yang paling penting, sampai kepada mereka yang sangat memerlukan tanpa mengira warna kulit dan kepercayaan.
Wednesday, 18 July 2012
Ihya Ramadhan 1433H
RAMADHAN MENJANA TRANSFORMASI UMMAH
Aktiviti sepanjang Ramadhan :
1) Ceramah Ihya Ramadhan
2) Mereka Kain Rentang Ramadhan
3) Tadarus Al-Quran
4) Teka Silang Kata Ramadhan
5) Kuiz Terkumpul Ramadhan
6) Jangan Lupa Surah
7) Majlis Khatam Al-Quran
Tuesday, 17 July 2012
Sunday, 15 July 2012
Kem Pelapis Masjid
NAMA PROGRAM :
KEM PELAPIS MESJID
ANJURAN :
SMK KUALA TELEMONG DENGAN KERJASAMA MAIDAM,JK MESJID KG BARU TETAMBAH MANIR DAN PEJABAT AGAMA DAERAH KUALA TERENGGANU
TARIKH :
12 – 14 JULAI 2012
JUMLAH PESERTA :
41 PELAJAR LELAKI
OBJEKTIF :
1. PENDEDAHAN TENTANG PERANAN SOLAT DALAM MENINGKATKAN KUALITI HIDUP SEBAGAI SEORANG MUSLIM
2. MENINGKATKAN SEMANGAT MOTIVASI DALAMAN DAN LUARAN PELAJAR DALAM MENJALANKAN TUGAS BELAJAR YG DIAMANAHKAN
3. MEWUJUDKAN PELAPIS BAGI MENGGERAKKAN INSTITUSI MASJID PADA MASA AKAN DATANG
ANTARA AKTIVITI :
Tuesday, 10 July 2012
Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia 2012
Matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat serta membudayakan senaman sebagai amalan rutin sepanjang hidup mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk melakukannay kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan badan. Disamping itu, aktiviti senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan diri dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.
Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia dijadikan amalan di sekolah-sekolah bagi mencapai objektif berikut :
1) Meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan.
2) Melibatkan penyertaan semua murid.
2) Melibatkan penyertaan semua murid.
3) Mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat.
4) Mengamal aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul.
Wednesday, 27 June 2012
Sambutan 1 Dekad SMKKT
Majlis Sambutan 1 Dekad bertujuan untuk menyambut ulang tahun penubuhan SMK Kuala Telemong yang ke 10. Majlis ini juga diadakan untuk mengingati kembali peristiwa sejarah yang telah berlaku di Padang kacung dan ianya mempunyai kaitan dengan nama sekolah ini. Pelbagai aktiviti telah berlangsung, antaranya ialah pameran galeri 1 Dekad SMKKT, pameran dari agensi kerajaan, gerai jualan, pertandingan gubahan tuala dan menganyam ketupat.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Datuk Tengku Putera, Yang Dipertua Dun merangkap Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu. Majlis ini turut dihadiri oleh bekas-bekas pengetua, guru, pelajar dan kakitangan sekolah. Komuniti setempat turut hadir dan tidak melepaskan peluang menghadiri sambutan ini.
Adalah diharapkan dengan terlaksananya majlis ini, warga SMKKT akan dapat :
1. Mengingati 10 tahun penubuhan SMK Kuala Telemong.
2. Mengaitkan nama sekolah ini dengan peristiwa sejarah yang telah berlaku.
3. Mengimbas kembali kejayaan-kejayaan yang telah diperoleh oleh sekolah ini dalam pelbagai
bidang serta peringkat.
Sambutan Hari Koperasi 2012
SAMBUTAN HARI KOPERASI 2012
TARIKH : 27 JUN 2012
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN SMK KUALA TELEMONG
Tuesday, 26 June 2012
Persiapan Sempena Sambutan 1 Dekad SMKKT
Tarikh : 26 Jun 2012
Hari : SELASA
7.40 - 8.20 : Solat Hajat, bacaan Yaasin dan
Doa Selamat ( Dataran Perhimpunan )
10.30 : Gotong Royong memasang khemah untuk pameran
11.30 : Raptai untuk Sambutan 1 Dekad SMKKT
2.30 : Gotong Royong menyediakan bahan-bahan untuk memasak
2.30 :1. Pertandingan Multimedia
(Powerpoint /Photoshop/ Video Maker)
2. Pertandingan GSP dan G-Math
3. Sukaneka
4. Futsal
5. Bola Jaring
6. Bola Taampar
Monday, 18 June 2012
Ceramah Israk Mikraj
Israk dan Mikraj adalah di antara peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Israk bererti perjalanan Nabi Muhammad S.A.W pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin. Manakala Mikraj pula bererti Nabi diangkat ke Sidratul Muntaha dan seterusnya menerima perintah solat. Mengikut Pendapat yang masyhur, peristiwa ini berlaku pada malam Isnin 27 Rejab tahun ke 11 kerasulan, bersamaan 621 Masihi ketika baginda berumur 52 tahun.
Ceramah Israk dan Mikraj ini telah diadakan pada 17 Jun 2012 bertempat di dewan terbuka SMK Kuala Telemong. Dr. Zulkifli Bin Muda dijemput untuk memberikan ceramah.
Friday, 15 June 2012
Kursus Haji Pelajar Tingkatan 5
Kursus Haji Kepada Pelajar Tingkatan 5 SMKKT telah diadakan pada 14 Jun 2012 bertempat di SMK Kuala Telemong. Para pelajar diberi kursus dan praktikal mengerjakan haji.
Monday, 11 June 2012
Pertandingan Multimedia Sempena Sambutan 1Dekad SMKKT
Sempena sambutan 1 Dekad SMK Kuala Telemong pada 27 Jun 2012, satu pertandingan multimedia akan diadakan pada 26 Jun 2012. Pertandingan yang akan diadakan bertemakan Pengkisahan Sejarah Sekolah dengan menggunakan Microsoft Power Point dan Adobe Photoshop. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar SMKKT dengan menggunakan eBOOK dan netbook 1 Malaysia. Oleh itu kepada pelajar yang berminat untuk menyertai pertandingan, sila daftarkan nama anda kepada Cg. Tengku Haslinda atau EIO..Hadiah menarik disediakan kepada pemenang..Jangan lepaskan peluang!!!
Thursday, 24 May 2012
SMKKT Terima 4 Anugerah Sempena Hari Guru Peringkat Daerah
Alhamdulillah..Bersyukur ke Hadrat Allah S.W.T kerana limpah kurniaNYA, SMK Kuala Telemong telah meraih empat anugerah sempena Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Hulu Terengganu. SMKKT telah menerima Anugerah Pengurusan Laman Webblog Terbaik, Pengurusan eBOOK Terbaik, Makmal Sains Terbaik dan Piala Pusingan Asrama Terbaik.
Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Hulu Terengganu telah diadakan di SMK Tengku Ampuan Intan pada 24 Mei 2012 bermula jam 8.00 pagi. Semoga kejayaan ini akan terus dikekalkan pada masa akan datang dan semoga SMKKT terus maju dan terus cemerlang dan meraih lebih banyak lagi anugerah diperingkat daerah, negeri mahupun antarabangsa..
SMKKT MAJU 2014
Wednesday, 23 May 2012
Penghargaan Kepada Pelajar Berhelmet Ke Sekolah
Pada 23 Mei 12, seramai 11 orang pelajar SMKKT diberi penghargaan oleh To' Puan Hajjah Rahmah Ahmad (Pengetua) SMMKT dalam bentuk hamper kerana memakai topi keledar semasa menungggang motorsikal ke sekolah. Penghargaan ini adalah sebagai galakan kepada pelajar lain agar sentiasa mementingkan aspek keselamatan semasa menunggang motorsikal.
Tuesday, 22 May 2012
SMKKT Terima Anugerah Pengurusan eBOOK Terbaik
SMK Kuala Telemong telah menerima anugerah Pengurusan eBOOK Terbaik bagi kategori sekolah menengah. Anugerah ini diterima sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu pada 21 Mei 2012.Semoga SMKKT akan terus cemerlang pada masa akan datang.
SMKKT MAJU 2014
Wednesday, 16 May 2012
Sambutan Hari Guru & Kakitangan 2012
Sambutan Hari Guru dan kakitangan SMKKT 2012 telah diadakan pada 16 MEI 2012 bertempat di Dataran Perhimpunan SMKKT. Sambutan ini telah dianjurkan oleh Kelab Keluarga SMKKT. Sambutan ini telah dihadiri oleh En Mohd Arifin bin Ismail, Penolong Pengarah Data, Unit Menengah JPNT merangkap Pegawai perhubungan SMKKT dan YDP PIBG iaitu En. Mutalib bin Muda.
Antara aturcara sambutan yang telah dijalankan ialah :
Antara aturcara sambutan yang telah dijalankan ialah :
- Ucapan Aluan oleh Pengerusi majlis.
- Bacaan Doa
- Ucapan Selamat Hari Guru oleh wakil pelajar
- Ucapan Selamat Hari Guru oleh Pengerusi Kelab Keluarga 2012
- Bacaan Teks Ucapan PPDHT
- Bacaan Teks Ucapan Pengarah JPNT
- Bacaan Teks Ucapan Menteri, KPM
- Bacaan Ikrar Guru
- Nyanyian Koir oleh semua guru (Lagu Guru Malaysia & Lagu Tema Hari Guru 2012)
Penyampaian hadiah dan sijil kepada guru matapelajaran yang meningkat peratus GPS bagi peperiksaan PMR, SPM dan STPM
Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah :
- Pertandingan hulur getah melalui straw
- Pertandingan Basikal Lambat
- Pertandingan hulur belon berisi air
- Pertandingan Rebut Kerusi
- Pertandingan cari gula-gula dalam tepung
- Pertandingan jalinan kasih
- Pertandingan tarik tali
.
Tuesday, 15 May 2012
Thursday, 3 May 2012
Perasmian Penutupan Bulan Disiplin 2012
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK MELIHAT GAMBAR-GAMBAR LAIN SEMASA MAJLIS BERLANGSUNG |
Antara aktiviti - aktiviti yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Pelaksana program sepanjang bulan disiplin ialah PROGRAM AADK, CERAMAH JKJR, OPS BERSEPADU PONTENG, MELUKIS POSTER ANTI DADAH, PERTANDINGAN MOTTO DISIPLIN, ANUGERAH SIFAR PONTENG DAN ANUGERAH PELAJAR.
Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Hajjah Norrizam Yusoff diikuti oleh ucapan perasmian oleh Pegawai PPDHT iaitu Tuan Haji Shafruddin Bin Haji Ali Hussin. Majlis diserikan lagi dengan deklamasi sajak oleh pelajar seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang dalam pertandingan yang telah diadakan sepanjang bulan disiplin 2012.
Semoga dengan aktiviti serta program yang dianjurkan dapat melahirkan pelajar-pelajar SMK Kuala Telemong yang bersahsiah tinggi dan berbudi pekerti mulia serta lebih berdisiplin di dalam akademik mahupun ko-kurikulum.
Monday, 30 April 2012
Majlis Pelancaran Program Mentor Mentee Pelajar Elit PMR, SPM dan STPM 2012
Setiap organisasi inginkan peningkatan. Begitu juga dengan SMK Kuala Telemong yang mencari idea bagaimana memantapkan prestasi akademik pelajarnya dari tahun ke tahun. Pelbagai program telah dirancang dan salah satu daripadanya ialah pelaksanaan mentor mentee bagi calon PMR, SPM dan STPM. Justeru itu pada tahun ini, Unit Bimbingan Kaunseling dengan kerjasama jawatankuasa PMR, SPM dan STPM akan melaksanakan program ini untuk kecemerlangan pelajar.
Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti oleh Ucapan daripada Pn Hajjah Norrizam Yusoff (PK Pentadbiran) dan telah dirasmikan oleh To' Puan Hajjah Rahmah binti Ahmad, Pengetua SMK Kuala Telemong.
Program ini dilaksanakan bagi membolehkan penilaian prestasi pelajar SMK Kuala Telemong dibuat secara khusus iaitu setiap pelajar (mentee) akan diagihkan kepada seorang ibu atau bapa angkat (mentor) untuk membimbing serta membantu pelajar berkenaan dalam semua bidang termasuklah soal peribadi pelajar yang diamanahkan kepada guru-guru berkenaan.
Antara Objektif Program :
1. Meningkatkan bilangan dan peratusan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM.
2. Supaya guru dapat mendekatai pelajar dengan lebih mendalam.
3. Supaya guru dapat mengenalpasti masalah pembelajaran pelajar.
4. Supaya guru dapat membimbing pelajar bagi memperbaiki sahsiah dan meningkatkan prestasi akademik.
Program Bersama Pegawai MAIDAM
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIDAM, Tuan Haji Wan Harujan bin Wan Sulaiman telah hadir untuk member motivasi kepada pelajar dan penyerahan cek untuk pembesaran surau dan kecemerlangan pelajar pada 30 April 2012 (Isnin) bermula 7.30 pagi hingga 9.30 pagi bertempat di Dataran Perhimpunan.
Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform Kali Ke 10/2012
Ko-kurikulum adalah salah satu cabang yang sangat penting dalam kurikulum pendidikan Negara. Oleh hal yang demikian, Unit Perkhemahan Unit Beruniform SMK Kuala Telemong tahun ini cuba merangka program yang lebih agresif dan berinovatif dalam memenuhi tuntutan kejayaan yang lebih cemerlang dalam diri seseorang murid. Perkhemahan ini juga bertujuan untuk membina insan yang lebig cemerlang , seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan social melalui aktiviti yang telah dirancangkan.
Perkhemahan Pasukan Bandan Beruniform (PBB) kali ke 10/2012 telah diadakan pada 26, 27 dan 28 April 2012 bertempat di SMK Kuala Telemong. Perkhemahan ini dianjurkan oleh Unit Ko Kurikulum SMK Kuala Telemong dengan bertemakan “Ko-Kurikulum dan kecemerlangan Kendiri”.
Klik pada gambar untuk melihat gambar-gambar sepanjang perkhemahan dijalankan |
Antara objektif perkhemahan ini ialah pelajar lebih berkeyakinan dan sentiasa mengamalkan sikap toleransi dan bekerjasama antara satu sama lain, dapat mengukuhkan hubungan diantara pelajar dan guru serta dapat meningkatkan ketahanan mental dan fizikal pelajar.
Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan iaitu :
Aktiviti 1 – Riadah / Nyanyian Lagu Patriotik
Aktiviti 2 – Demostrasi Pertolongan Cemas (PBSM)
Aktiviti 3 – Demostrasi Abserling (JPA)
Aktiviti 4 – Pertandingan Kawad Kaki dan Orientering
Aktiviti 5 – Pertandingan Kitar Semula Suni Kraft, Gajet dan Masakan
Aktiviti 6 – Persiapan Malam Kebudayaan
Aktiviti 7 – Malam Kebudayaan,
Majlis perasmian penutup perkhemahan telah disempurnakan oleh YDP PIBG SMK Kuala Telemong iaitu En. Abdul Mutalib bin Musa.
Sunday, 29 April 2012
Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2012
Sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang diistiharkan oleh UNESCO pada 23 April setiap tahun, Perbadanan Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu telah menganjurkan program sambutan hari tersebut pada 26 April 2012 (Khamis) hingga 28 April 2012 (Sabtu) bertempat di Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu.
Pelbagai program telah diadakan antaranya yang disertai oleh pelajar tingkatan enam SMK Kuala Telemong iaitu Bengkel Asas Penggunaan Adobe Photoshop yang telah diberikan oleh En.Mohd Sabri b Yahya dari PPDHT. Seramai 50 orang peserta yang telah menyertai bengkel ini dan mereka terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Daerah Hulu Terengganu.
LIMA ORANG PELAJAR DARI SMK KUALA TELEMONG YANG MENYERTAI BENGKEL ADOBE PHOTOSHOP |
Friday, 20 April 2012
Program Hikmah Kembara Siri 1
PROGRAM HIKMAH KEMBARA SIRI 1/2012
TARIKH :
20 April 2012 (Jumaat)
ANJURAN :
Unit Kaunseling & Kerjaya (HEPA, UniSZA dengan kerjasama SMK Kuala Telemong
Tuesday, 17 April 2012
Program AADK
CERAMAH AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN DAERAH HULU TERENGGANU
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Oleh :
Ahmad Badrul Hisham Bin HAji Mukhatar
Pegawai Pencegahan
Tarikh : 17 April 2012
Tempat : Dewan Terbuka SMK Kuala Telemong
Monday, 16 April 2012
Ceramah Disiplin
Ceramah Disiplin telah diadakan pada 16 April 2012 bertempat di Dewan Terbuka SMK Kuala Telemong.
Penceramah :
En. Afandi Bin Abdul Ghani
Penolong PPD Pendidikan Pencegahan Dadah & Pegawai Disiplin PPD Hulu Terengganu
Tajuk :
Wacana Pemantapan Sahsiah dan Disiplin HUTEC 2012
Tajuk :
Wacana Pemantapan Sahsiah dan Disiplin HUTEC 2012
Saturday, 14 April 2012
Majlis Penyerahan Netbook 1Malaysia Dun Telemong
Pada 14 Mei 2012 bertempat di Akademi Binaan Malaysia (ABM), Jenagor, Hulu Terengganu, satu majlis penyerahan netbook 1 Malaysia bagi kawasan DUN Telemong telah diadakan. Antara sekolah yang terlibat ialah SMK Kuala Telemong, SMK Tun Indera, SMK Kuala Jenderis, SMK Matang dan SMK Jenagor. Seramai 151 orang pelajar dari SMK Kuala Telemong telah menerima netbook dalam majlis tersebut. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Haji Mohd Nor Othman.
Subscribe to:
Posts (Atom)