PENGURUSAN 2017

Thursday 25 August 2016

LAWATAN PENANDA ARAS EC SULTAN ABU BAKAR KE SMeT

SMK KUALA TELEMONG : Pada 25 Ogos 2016, Warga SMeT telah menerima Lawatan penanda aras dari English College Sultan Abu Bakar, Johor. Lawatan ini dihadiri oleh Penegetua EC Sultan Abu Bakar, PK HEM, Warden Asrama dan 32 orang pelajar. Mereka dibawa melawat bilik-bilik khas di SMeT. Antara bilik-bilik khas yang dilawati ialah Bilik Galeri Sekolah, Makmal Komputer, Makmal Sains, Bilik BOSS dan asrama sekolah.
 

Tuesday 23 August 2016

MAJLIS PERASMIAN BULAN KEBANGSAAN & KEMPEN KIBARKAN JALUR GEMILANG

SMK KUALA TELEMONG : Majlis perasmian bulan kebangsaan dan kempen kibarkan jalur gemilang telah dirasmikan oleh Tn. Hj Abdul Halim bin Muda (Pengetua) pada 23 Ogos 2016 bertempat di Dataran Perhimpunan SMK Kuala Telemong bermula jam 7.30 pagi. Antara aktiviti sepanjang yang akan dijalankan sepanjang kempen ialah Futsal, mencari harta karun, kelas ceria merdeka, pertandingan memasak, kuiz kemerdekaan, lukisan kemerdekaan, pertandingan puisi kemerdekaan dan buku skrapkemerdekaan.






Thursday 11 August 2016

DIALOG PRESTASI PT3

SMK KUALA TELEMONG : Pada 10 dan 11 Ogos 2016 telah diadakan Program Dialog Prestasi PT3 bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Kuala Telemong. Ibu Bapa / Penjaga dijemput hadir bersama pelajar untuk membincangkan prestasi pelajar dan menetapkan target peperiksaan PT3. Semoga segala usaha yang dijalankan mendapat keberkatan Allah S.W.T.


Monday 8 August 2016

KEM TRANSFORMASI AKADEMIK SPM FASA 2

SMK KUALA TELEMONG : Pada 8 Ogos 2016 bertempat di FRU Wakaf Tapai telah diadakan Kem Transformasi Akademik SPM Fasa 2.Kem ini bertujuan membantu pelajar untuk mengetahui teknik dan strategi menjawab soalan peperiksaan SPM. Semoga kem ini dapat membantu pelajar untuk meningkatkan lagi kecemerlangan dalam peperiksaan.




Sunday 7 August 2016

ANUGERAH PENCAPAIAN PELAJAR TERBAIK STPM PENGGAL 2 2016

SMK Kuala Telemong : Pada 7 Ogos 2016 bertempat di Foyer SMK Kuala Telemong, satu majlis penyampaian cenderahati dan anugerah pencapaian pelajar terbaik STPM penggal 2 bagi tahun 2016. Cenderahati telah disampaikan oleh Tuan Pengetua, Hj. Abdul Halim bin Muda.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...