SMK KUALA TELEMONG: Pada 23 April 2016, satu Kursus LADAP Siri-3 telah diadakan bertempat di Bilik Siber, SMK Kuala Telemong bermula jam 8.00pg sehingga 2.00ptg. Kursus ini dihadiri oleh semua guru SMK Kuala Telemong. Tajuk Kursus ialah "Bengkel Pembinaan Aktiviti i-THINK". Seramai tiga orang penceramah dijemput untuk menjayakan bengkel ini iaitu En. Muhammad Mukhdi bin Shafee, Pn. Noor Hidayah binti Rashid dan Pn. Hasmu binti Endut. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk melahirkan modal insan masa hdapan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran pemikiran aras tinggi dan mampu berdaya saing.
Pages - Menu
PENGURUSAN 2017
Showing posts with label LADAP. Show all posts
Showing posts with label LADAP. Show all posts
Saturday, 23 April 2016
Saturday, 31 January 2015
PROGRAM LADAP SIRI 1 2015
SMK KUALA TELEMONG : Program LADAP Siri 1 tahun 2015 telah diadakan pada 31 Januari 2015 (Sabtu) bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Kuala Telemong bermula jam 8.00pg sehingga 12.30tgh. Semua guru terlibat dengan program LADAP siri 1 ini. LADAP bertemakan Bengkel Pembinaan Aktiviti Terjemahan Enam Aspirasi Murid 2013-2025 dan Perlaksanaan Penataran Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) Guru dan Pemimpin, bengkel ini telah di sampaikan oleh En. Alias, Pegawai SIC PPDHT.
Monday, 5 May 2014
TAKLIMAT PROGRAM iTHINK
TAKLIMAT PROGRAM iTHINK KEPADA SEMUA GURU SMK KUALA TELEMONG
Tarikh : 4 Mei 2014 ( Ahad)
Masa : 2.30 ptg - 4.30 ptg
Tempat : Bilik Seminar SMK Kuala Telemong
Taklimat oleh : En Azman bin Tawang (PK HEM SMK Kuala Telemong)
Taklimat oleh : En Azman bin Tawang (PK HEM SMK Kuala Telemong)
Sunday, 9 March 2014
LADAP 1 SMeT 2014
LADAP 1
"INTEGRITI DALAM PENDIDIKAN"
TARIKH : 8 MAC 2014 (SABTU)
MASA : 8.00PG - 2.00PTG
TEMPAT : DEWAN SEMINAR YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA (YPK)
OBJEKTIF
- Meningkatkan perasaan kasih sayang sesama murid.
- Mewujudkan hubungan mesra antara murid dan guru.
- Melahirkan warga sekolah yang sentiasa prihatin dengan kesusahan orang lain.
- Membina sikap suka memberi dan menghulurkan tangan kepada insan-insan yang memerlukan.
TENTATIF PROGRAM
- 8.00 - 8.30pg - Pendaftaran
- 8.30 - 9.00pg - Ucapan Pengetua , Hj. Tuan Pail b. Tuan Jusoh
- 9.00 - 10.00pg - Slot 1 : Ceramah "Integriti Dalam Pendidikan" oleh Tn. Haji Ghafar b. Mamat, Ketua Pengarah Pentadbiran YPK.
- 10.30 - 11.00pg - Minum pagi
- 11.00 - 1.00ptg - Slot 2 : Bengkel oleh Tn. Haji Ghafar b. Mamat, Ketua Pengarah Pentadbiran YPK.
- 1.00 - 2.00ptg - Slot 3 : Taklimat Audit oleh Pn. Hjh Norrizam bt Yusoff , GPK Pentadbiran SMKKT
- 2.00 - 2.30ptg Makan Tengahari dan bersurai
Sunday, 13 October 2013
PROGRAM PENINGKATAN PROFESSIONAL GURU & STAF
Program Peningkatan Professional Guru & Staf
Anjuran Panitia BI dgn kerjasama unit LADAP SMeT
Tempat : Royal Guest House, Kota Bharu
Tarikh : 10 - 12 Oktober 2013
![]() |
| Ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Baharin bin Yusof |
![]() |
| Taklimat Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan oleh Tuan Pail Tuan Jusoh (PENGETUA SMKKT) |
![]() |
| Taklimat Guru Penyayang oleh En. Azman bin Tawang (PK HEM) |
![]() |
Sunday, 25 March 2012
LADAP 1 2012
Pada tanggal 24 Mac 2012, Unit Perkembangan dan Pembangunan Staff SMK Kuala Telemong telah mengadakan satu Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)untuk semua guru SMKKT bertempat di Bilik Mesyuarat bermula 8.00 pagi sehingga 1.00 petang.Program ini terbahagi kepada dua slot iaitu Slot 1 disampaikan oleh Puan Hjh. Meriam Bt Jusoh (Pengetua SMK Sains Sultan Mahmud)dengan tajuk "Kajian Tindakan" manakala Slot 2 disampaikan oleh Ustaz Zulkifly Bin Muda (Penceramah Bebas) dengan tajuk "Amanah, Jujur dan Barakah dalam Pekerjaan".
Perkhidmatan dalam sesebuah organisabi memerlukan modal insan yang cemerlang dan kompetatif. Berpandukan kepada itu, program yang dirancang ini adalah sebahagian daripada usaha untuk merealisasikan kecemerlangan tersebut ke tahap yang boleh dibanggakan. Program seumpama ini adalah diharapakn kepada semua guru yang menyertainya akan memperolehi pendedahan kemahiran yang sememangnya sangat perlu bagi meningkatkan prestasi perkhidmatan ke arah melahirkan sekolah cemerlang dan terbilang.
Antara Objektif Program ialah :
- Membina keyakinan diri positif sebagai penjawat awam yang mampu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan berkesan.
- Memberi dan menambah pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam melaksanakan kajian tindakan.
- Menimba pengalaman daripada Pengetua Cemerlang disamping menambahkan motivasi dikalangan penjawat awam.
- Memartabatkan profesion perguruan yang beramanah, jujur dan barakah.
Sunday, 4 March 2012
Program Memperkasakan Gemilang MBMMBI
Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2011. MBMMBI telah diperkenalkan bagi memastikan Bahasa Malaysia dapat dimartabatkan disamping penggunaan Bahasa Inggeris tidak dipinggirkan.
Selaras dengan itu, pada tanggal 25 Februari 2012, satu Program Memperkasakan Gemilang MBMMBI telah diadakan di SMK Kuala Telemong bagi memastikan guru-guru Bahasa dapat dibekalkan dengan pendekatan yang terkini dan berkesan bagi memastikan matlamat MBMMBI dapat dicapai dengan cemerlang. Program ini telah dianjurkan oleh PPD Hulu Terengganu dengan kerjasama Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia Bahasa Melayu SMK Kuala Telemong. Perasmian program diwakili oleh En. Azman bin Mohd Nor bagi menggantikan Tuan Pegawai PPDHT. Seramai 97 orang peserta yang telah hadir dan mereka terdiri daripada guru-guru Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Selaras dengan itu, pada tanggal 25 Februari 2012, satu Program Memperkasakan Gemilang MBMMBI telah diadakan di SMK Kuala Telemong bagi memastikan guru-guru Bahasa dapat dibekalkan dengan pendekatan yang terkini dan berkesan bagi memastikan matlamat MBMMBI dapat dicapai dengan cemerlang. Program ini telah dianjurkan oleh PPD Hulu Terengganu dengan kerjasama Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia Bahasa Melayu SMK Kuala Telemong. Perasmian program diwakili oleh En. Azman bin Mohd Nor bagi menggantikan Tuan Pegawai PPDHT. Seramai 97 orang peserta yang telah hadir dan mereka terdiri daripada guru-guru Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Objektif Program :
> Meningkatkan profesionalisme dalam kalangan guru-guru bahasa
> Melengkapkan guru-guru dengan teknik pembelajaran terkini
> Menjadikan proses pembelajaran bahasa menyeronokkan
> Guru dilengkapi dengan standard penandaan kertas peperiksaan umum
Wednesday, 20 July 2011
Kursus LADAP 2011
PROGRAM LAWATAN MASYARAKAT MURNI SMK.KUALA TELEMONG DAN SMK. SULTAN MANSOR BERSAMA APMTDI
TEMPAT : CAMERON HIGHLANDS
Subscribe to:
Posts (Atom)



















