Israk dan Mikraj adalah di antara peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Israk bererti perjalanan Nabi Muhammad S.A.W pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin. Manakala Mikraj pula bererti Nabi diangkat ke Sidratul Muntaha dan seterusnya menerima perintah solat. Mengikut Pendapat yang masyhur, peristiwa ini berlaku pada malam Isnin 27 Rejab tahun ke 11 kerasulan, bersamaan 621 Masihi ketika baginda berumur 52 tahun.
Ceramah Israk dan Mikraj ini telah diadakan pada 17 Jun 2012 bertempat di dewan terbuka SMK Kuala Telemong. Dr. Zulkifli Bin Muda dijemput untuk memberikan ceramah.
No comments:
Post a Comment