PENGURUSAN 2017

Wednesday 27 June 2012

Sambutan 1 Dekad SMKKT

Majlis Sambutan 1 Dekad bertujuan untuk menyambut  ulang tahun penubuhan SMK Kuala Telemong yang ke 10. Majlis ini juga diadakan untuk mengingati kembali peristiwa sejarah yang telah berlaku di Padang kacung dan ianya mempunyai kaitan dengan nama sekolah ini.  Pelbagai aktiviti telah berlangsung, antaranya ialah pameran galeri 1 Dekad SMKKT, pameran dari agensi kerajaan, gerai jualan, pertandingan gubahan tuala dan menganyam ketupat.   

      

Majlis ini telah dirasmikan oleh Datuk Tengku Putera, Yang Dipertua Dun merangkap Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu. Majlis ini turut dihadiri oleh bekas-bekas pengetua, guru, pelajar dan kakitangan sekolah. Komuniti setempat turut hadir dan tidak melepaskan peluang menghadiri sambutan ini.

Adalah diharapkan dengan terlaksananya majlis ini, warga SMKKT akan dapat :

1. Mengingati 10 tahun penubuhan SMK Kuala Telemong.
2. Mengaitkan nama sekolah ini dengan peristiwa sejarah yang telah berlaku.
3. Mengimbas kembali kejayaan-kejayaan yang telah diperoleh oleh sekolah ini dalam pelbagai
    bidang serta peringkat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...