MENUJU KECEMERLANGAN
Kami Berjanji Akan Berusaha Untuk Memperkembangkan Keupayaan Pelajar Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan Dengan Menekankan Kepada :
- Memberi pendidikan secara adil berdasarkan sukatan pelajaran yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Membimbing ke arah keputusan peperiksaan awam yang cemerlang.
- Mengadakan aktiviti Ko-kurikulum dan memastikan penglibatan semua pelajar.
- Mendidik pelajar ke arah pembentukan sahsiah terpuji dan berakhlak mulia.
- Berusaha mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, bersih dan ceria supaya menjadi tempat yang selesa untuk pembelajaran.
- Melahirkan lepasan sekolah yang mempunyai ilmu pengetahuan dan berkemahiran serta berdaya saing.
- Meningkatkan pemuafakatan dan penglibatan komuniti ke arah kecemerlangan pendidikan.
- Menghasilkan lepasan sekolah yang dapat menyumbangkan kepada kesejahteraan diri, keharmonian keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.