PENGURUSAN 2017

Tuesday 22 July 2014

KUIZ ILMU -ILMU ISLAM 2014

Kuiz Ilmu-ilmu Islam merupakan aktiviti yang julung kali dimasukkan dalam kalendar aktiviti Ihya Ramadhan. Aktiviti ini telah dijalankan pada 22 Julai 2014 bertempat di Dewan Terbuka SMK Kuala Telemong anjuran Badan Dakwah dan Penghayatan Islam SMKKT. Aktiviti ini memfokuskan kepada pelajar tingkatan 4 dan 5 yang mewakili rumah sukan masing-masing.

Antara Objektif kuiz ini diadakan adalah bagi membudayakan penghayatan ilmu dikalangan para pelajar yang merangkumi sukatan pelajaran PAI. Selain itu, bagi menyemarakkan kerjasama dan kecintaan pelajar terhadap ilmu Islam yang merangkumi Fiqah, Ibadah, Akidah dan Sirah serta menjadikan platform bagi melahirkan modal insan yang berketrampilan dan berilmu.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...