PENGURUSAN 2017

Thursday 10 July 2014

CERAMAH AURAT DAN "BUDAYA COUPLE"

Ceramah Pengabaian menutup aurat dan budaya "couple" meruntuhkan akhlak remaja telah diadakan pada 10 Julai 2014 bertempat di Surau As Salam SMK Kuala Telemong. Ceramah ini telah diberikan oleh Ustazah Hjh Azizeh Binti Mohamad ( Pegawai Yayasan Islam Kuala Terengganu)

Objektif Program :
Menutup aurat adalah tuntutan agama Islam yang wajib dilakukan oleh semua umat Islam tanpa sebarang kompromi. Pengabaian menutup aurat dengan sempurna boleh menyebabkan seorang muslim terjerumus ke lembah kehinaan. Budaya "couple" dikalangan remaja sekolah pula kian menjadi-jadi dan merupakan salah satu punca berlaku pelbagai gejala sosial yang lain.
Dengan kesedaran inilah Badan Dakwah dan Penghayatan Islam dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SMK Kuala Telemong mengambil inisiatif untuk mengadakan ceramah khas bagi mengupas permasalahan ini. Dengan adanya pendedahan ini, diharapkan dapat memberi kesedaran kepada warga sekolah terutama adalah para sekolah.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...