PENGURUSAN 2017

Sunday 25 March 2012

LADAP 1 2012

Pada tanggal 24 Mac 2012, Unit Perkembangan dan Pembangunan Staff SMK Kuala Telemong telah mengadakan satu Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)untuk semua guru SMKKT bertempat di Bilik Mesyuarat bermula 8.00 pagi sehingga 1.00 petang.Program ini terbahagi kepada dua slot iaitu Slot 1 disampaikan oleh Puan Hjh. Meriam Bt Jusoh (Pengetua SMK Sains Sultan Mahmud)dengan tajuk "Kajian Tindakan" manakala Slot 2 disampaikan oleh Ustaz Zulkifly Bin Muda (Penceramah Bebas) dengan tajuk "Amanah, Jujur dan Barakah dalam Pekerjaan".
Perkhidmatan dalam sesebuah organisabi memerlukan modal insan yang cemerlang dan kompetatif. Berpandukan kepada itu, program yang dirancang ini adalah sebahagian daripada usaha untuk merealisasikan kecemerlangan tersebut ke tahap yang boleh dibanggakan. Program seumpama ini adalah diharapakn kepada semua guru yang menyertainya akan memperolehi pendedahan kemahiran yang sememangnya sangat perlu bagi meningkatkan prestasi perkhidmatan ke arah melahirkan sekolah cemerlang dan terbilang.



Antara Objektif Program ialah :
  • Membina keyakinan diri positif sebagai penjawat awam yang mampu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan berkesan.
  • Memberi dan menambah pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam melaksanakan kajian tindakan.
  • Menimba pengalaman daripada Pengetua Cemerlang disamping menambahkan motivasi dikalangan penjawat awam.
  • Memartabatkan profesion perguruan yang beramanah, jujur dan barakah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...