PENGURUSAN 2017

Saturday, 31 January 2015

PROGRAM LADAP SIRI 1 2015

SMK KUALA TELEMONG : Program LADAP Siri 1 tahun 2015 telah diadakan pada 31 Januari 2015 (Sabtu) bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Kuala Telemong bermula jam 8.00pg sehingga 12.30tgh. Semua guru terlibat dengan program LADAP siri 1 ini. LADAP bertemakan Bengkel Pembinaan Aktiviti Terjemahan Enam Aspirasi Murid 2013-2025 dan Perlaksanaan Penataran Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) Guru dan Pemimpin, bengkel ini telah di sampaikan oleh En. Alias, Pegawai SIC PPDHT.


Thursday, 29 January 2015

MAJLIS TAUTAN KASIH LAMBAIAN SAYANG USTAZ SAID

SMK KUALA TELEMONG : Majlis Tautan Kasih Lambaian Sayang sempena pertukaran Ustaz Sain Bin Mat Isa ke SMK Tapu, Hulu Terengganu. Majlis ini telah diadakan pada 29 Januari 2015 bertempat di Dewan Terbuka SMK Kuala Telemong bermula jam 1.20 ptg. Semua guru dan pelajar meraikan majlis ini dan kami warga SMK Kuala Telemong mengucapkan ribuan terima kasih diatas segala sumbangan yang telah diberikan oleh Ustaz Said selama berada di SMK Kuala Telemong. Semoga Ustaz akan terus berjaya berada di SMK Tapu.

Wednesday, 28 January 2015

CERAMAH DAN KEMPEN KESELAMATAN JALANRAYA

SMK KUALA TELEMONG : Ceramah dan kempen keselamatan jalanraya telah diadakan pad 28 Januari 2015 (Rabu) bertempat di Surau As Salam, SMK Kuala Telemong. Ceramah ini telah di sampaikan oleh Sarjan Ramli dari IPD Kuala Berang.

Monday, 26 January 2015

PROGRAM HALA TUJU PT3


SMK KUALA TELEMONG : Program Hala Tuju PT3 telah diadakan pada 26 Januari 2015 bertempat di Bilik Seminar SMK Kuala Telemong bermula jam 8.00pg sehinggan 10.00pg. Semua pelajar tingkatan 3 terlibat dengan program yang diadakan. Program ini telah dikendalikan oleh kaunselor sekolah iaitu En. Shukree bin Yusof. Program ini diadakan untuk memberi motivasi dan suntikan semangat kepada pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan PT3 2015.

 
 

Saturday, 24 January 2015

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSDHT

SMK KUALA TELEMONG : Kejohanan Merentas Desa peringkat MSSDHT telah diadakan pada 24 Januari 2015 (Sabtu) bertempat di SMK Menerong, Hulu Terengganu. Keputusan Rasmi keseluruhan kejohanan ialah Johan disandang oleh SMK Jenagor, Naib Johan di sandang oleh SMK Matang dan tempat ketiga SMK Menerong manakala SMK Kuala Telemong menduduki tempat ke 9. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang terlibat.


Thursday, 22 January 2015

LAWATAN MESRA PEGAWAI PPD HULU TERENGGANU

SMK KUALA TELEMONG : Pada 22 Januari 2015, En. Shafruddin b. Hj. Ali Hussin, Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu telah membuat lawatan mesra ke SMK Kuala Telemong. Beliau telah memberikan kata-kata nasihat dan dorongan serta motivasi kepada anak-anak pelajar SMK Kuala Telemong supaya dapat menjadi pelajar yang cemerlang dan berkualiti. Perjumpaan bersama pelajar ini telah di adakan di Dataran Perhimpunan SMK Kuala Telemong.


 

Saturday, 17 January 2015

PERARAKAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT MASJID KUALA TELEMONG

SMK KUALA TELEMONG : Sambutan Maulidur Rasul peringkat Masjid Abdul Rahman Limbong, Kg Kuala Telemong telah diadakan pada 17 Januari 2015 (Sabtu) bermula jam 8.30 pagi. Guru-guru dan pelajar SMK Kuala Telemong turut menyertai perarakan Maulidur Rasul bertemakan "Perpaduan Nadi Transformasi Negara". Perarakan ini juga turut di sertai oleh YB Dato' Haji Rozi bin Mamat.



Thursday, 15 January 2015

KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI 13

SMK KUALA TELEMONG : Kejohanan merentas desa kali ke 13 telah diadakan pada 15 Januari 2015. Kejohanan ini dimulai dengan Nyanyian lagu Nrgaraku, Selamat Sultan, lagu Sekolah dan bacaan doa. Jam 7.45 pg, para peserta diberi taklimat kejohanan dan aktiviti memanaskan badan. Empat kategori  dipertandingkan iaitu Kategori P15/Pendidikan Khas, Kategori L15, Kategori P18 dan Kategori L18. Majlis penutup dirasmikan oleh Hjh Esah binti Yusof, Pengetua SMK Kuala Telemong. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Pelepasan peserta kategori P15, P18 dan Pendidikan Khas
Pelepasan Peserta L15 dan L18


Barisan Pengurusan Sekolah serta guru-guru bersama dengan semua peserta yang menerima pingat bagi kategori masing-masing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...