PENGURUSAN 2017

Sunday, 18 November 2012

Selamat Menduduki Peperiksaan STPM 2012


Selamat menduduki peperiksaan STPM buat semua calon STPM SMK Kuala Telemong. Selamat berjuang sehingga ke akhirnya. Semoga kejayaan menjadi milik anda semua. Tiada yang mustahil sekiranya perjuangan anda diiringi dengan usaha yang gigih, doa yang berpanjangan serta tawakkal kepada ALLAH SWT. Segala usaha anda akan dibalas dengan kejayaan yang cemerlang. 

"Nothing Is Impossible"
"Do the best, To get The Best"

Sunday, 4 November 2012

JAMUAN AKHIR TAHUN KELAB KELUARGA SMeT 2012




TEMPAT : HOTEL GRAND CONTINENTAL, K .TRG
TARIKH : 4 NOV 2012
MASA : 2.30 PTG

Majlis ini dianjurkan bagi meraikan segala kerja keras dan pengorbanan yang dicurahkan oleh para guru dan kakitangan SMKKT sepanjang tahun persekolahan disamping dapat mengeratkan tali persaudaraan di antara ahli kelab keluarga SMeT.



Antara Hadiah dan cabutan bertuah yang disediakan pada Jamuan Akhir Tahun SMKKT 2012


To' Puan Hajjah Rahmah Ahmad (Pengetua) memotong kek sempena Jamuan Akhir  Tahun diiringi oleh Pn. Hajjah Norrizam Yusoff (PK 1), En. Mohd Abdul Jalil Abdullah (PK KOKO) dan En. Mohd Noor Mat (GPK Tingkatan 6)

En. Azman bin Tawang (GPK HEM) menerima salah satu anugerah daripada pengetua 


Salah seorang guru yang bertuah menerima hadiah cabutan bertuah.





Monday, 8 October 2012

Selamat Menduduki PMR 2012

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR KEPADA SEMUA CALON SMK KUALA TELEMONG.SEMOGA DIBERI KETENANGAN DALAM MENJAWAB SOALAN DAN INGATAN YANG KUAT DALAM MENEMPUH PEPERIKSAAN. SEMOGA KEJAYAAN MILIK SEMUA..SELAMAT MAJU JAYA DARI KAMI WARGA SMK KUALA TELEMONG.

Saturday, 4 August 2012

PROGRAM BERSAMA YAYASAN KEMANUSIAAN MUSLIM AID MALAYSIA

           Agenda utama YayasanKemanusiaan Muslim Aid Malaysia adalah menyelaras, memberi khidmat nasihat, memantau dan melaksanakan segala aktiviti -aktiviti kemanusiaan. Muslim Aid akan sentiasa menjalankan kajian pembangunan, seterusnya menyalurkan maklumat dan idea agar segala program bantuan dapat dilaksanakan secara telus.
                   Diantara program utama Muslim Aid adalah bantuan untuk anak-anak yatim piatu dan kanak-kanak di mana bekalan makanan, pakaian, rawatan perubatan dan pendidikan asas serta bantuan kewangan disalurkan kepada rumah-rumah anak yatim.



PROGRAM BERSAMA YAYASAN KEMANUSIAAN MUSLIM AID MALAYSIA telah diadakan pada 04 Ogos 2012 bertempat di DEWAN MAKAN ASRAMA SMK KUALA TELEMONG. Sasaran peserta seramai 30 orang PELAJAR YATIM/MISKIN 
SMK KUALA TELEMONG. Mereka telah diraikan dengan Majlis berbuka puasa dan diberi sumbangan duit raya oleh PN ROSIDA BT ISMAIL, PEGAWAI dari YAYASAN KEMANUSIAAN MUSLIM AID MALAYSIA


YAYASAN KEMANUSIAAN MUSLIM AID MALAYSIA sentiasa peka dengan keperluan masyarakat di Malaysia dan di seluruh dunia. Muslim Aid akan menyaring permohonan dan penerima bantuan, serta memastikan saluran dan perlaksanaan projek bantuan sampai ke sasaran. Segala bantuan diurus dengan cara paling produktif, dan yang paling penting, sampai kepada mereka yang sangat memerlukan tanpa mengira warna kulit dan kepercayaan.

Wednesday, 18 July 2012

Ihya Ramadhan 1433H


RAMADHAN MENJANA TRANSFORMASI UMMAH

Aktiviti sepanjang Ramadhan :

1)  Ceramah Ihya Ramadhan
2) Mereka Kain Rentang Ramadhan
3) Tadarus Al-Quran
4) Teka Silang Kata Ramadhan
5) Kuiz Terkumpul Ramadhan
6) Jangan Lupa Surah
7) Majlis Khatam Al-Quran

Sunday, 15 July 2012

Kem Pelapis Masjid

NAMA PROGRAM : 
KEM PELAPIS MESJID

ANJURAN :
 SMK KUALA TELEMONG DENGAN KERJASAMA MAIDAM,JK MESJID KG BARU TETAMBAH MANIR DAN PEJABAT AGAMA DAERAH KUALA TERENGGANU

TARIKH : 
12 – 14 JULAI 2012

JUMLAH PESERTA :
41 PELAJAR LELAKI



OBJEKTIF :
1.       PENDEDAHAN TENTANG PERANAN SOLAT DALAM MENINGKATKAN KUALITI HIDUP SEBAGAI SEORANG MUSLIM
2.       MENINGKATKAN SEMANGAT MOTIVASI DALAMAN DAN LUARAN PELAJAR DALAM MENJALANKAN TUGAS BELAJAR YG DIAMANAHKAN
3.       MEWUJUDKAN PELAPIS BAGI MENGGERAKKAN INSTITUSI MASJID PADA MASA AKAN DATANG
ANTARA AKTIVITI :
1) KULIAH AGAMA
2) GOTONG ROYONG
3) QIAMULLAIL
4) AMALI KHUTBAH JUMAAT
5) HAFAZAN

Tuesday, 10 July 2012

Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia 2012

Matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat serta membudayakan senaman sebagai amalan rutin sepanjang hidup mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk melakukannay kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan badan. Disamping itu, aktiviti senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan diri dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.


Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia dijadikan amalan di sekolah-sekolah bagi mencapai objektif berikut :

1) Meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan.
2) Melibatkan penyertaan semua murid.
3) Mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat.
4) Mengamal aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...