PENGURUSAN 2017

Wednesday, 22 June 2016

PENGISIAN BULAN RAMADHAN - TADARUS AL QURAN

SMK KUALA TELEMONG : Aktiviti semasa rehat pada bulan ramadhan di isi dengan tadarus Al-Quran oleh pelajar-pelajar SMK Kuala Telemong. Semoga pengisian ini dapat memberi manfaat dan mengisi masa terluang para pelajar dari melakukan perkara yang sia-sia pada bulan ramadhan ini. Semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah S.W.T.




Tuesday, 17 May 2016

SAMBUTAN HARI GURU SMeT 2016

SMK KUALA TELEMONG : Pada 16 Mei 2016, Sambutan Hari Guru 2016 peringkat sekolah telah diadakan dan disambut meriah oleh warga sekolah dan tetamu jemputan. Majlis dimulai dengan Solat Hajat , perarakan masuk guru-guru ke Dataran Perhimpunan, bacaan doa, perutusan hari guru, gimik perasmian, deklamasi sajak oleh wakil PIBG sekolah, nyayian lagu hari guru dan lagu tema hari guru serta penyampaian anugerah khas pengurusan kepada guru-guru. Kemudian acara diteruskan lagi dengan aktiviti Eksplorace, pertandingan memasak, persembahan pelajar dan guru serta penyampaian hadiah kepada pemenang. 

Sunday, 24 April 2016

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

SMK KUALA TELEMONG : Pada 24 April 2016, satu kursus pengurusan jenazah telah diadakan bertempat di Surau As-Salam SMK Kuala Telemong. Kursus ini telah dikendalikan oleh Ustaz Mohd Arif bin Tengah, Pengarah Pusat Urusan Jenazah Islam. Kursus ini disertai oleh semua pelajar Tingkatan 3 SMK Kuala Telemong. Kursus ini merupakan salah satu aktiviti Minggu Penghayatan Islam.

 

Saturday, 23 April 2016

LADAP SIRI 3 - I-THINK

SMK KUALA TELEMONG: Pada 23 April 2016, satu Kursus LADAP Siri-3 telah diadakan bertempat di Bilik Siber, SMK Kuala Telemong bermula jam 8.00pg sehingga 2.00ptg. Kursus ini dihadiri oleh semua guru SMK Kuala Telemong. Tajuk Kursus ialah "Bengkel Pembinaan Aktiviti i-THINK". Seramai tiga orang penceramah dijemput untuk menjayakan bengkel ini iaitu En. Muhammad Mukhdi bin Shafee, Pn. Noor Hidayah binti Rashid dan Pn. Hasmu binti Endut. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk melahirkan modal insan masa hdapan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran pemikiran aras tinggi dan mampu berdaya saing.


Sunday, 3 April 2016

PELANCARAN PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

SMK KUALA TELEMONG : Pada 4 April 2016, satu Majlis Pelancaran Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) telah diadakan. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tn Haji Abdul Halim bin Muda, Pengetua SMK Kuala Telemong. KM1M akan berjalan selama tiga hari bermula 4 april sehingga 6 april 2016. Tema KM1M pada tahun ini " Membaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia". Antara aktiviti yang akan dijalankan selama tiga hari ialah mendeklamasikan sajak, pertandingan pidato, public speaking, poem recitation, melukis poster dan ulasan petikan bahan bacaan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...