SMK KUALA TELEMONG: Pada 23 April 2016, satu Kursus LADAP Siri-3 telah diadakan bertempat di Bilik Siber, SMK Kuala Telemong bermula jam 8.00pg sehingga 2.00ptg. Kursus ini dihadiri oleh semua guru SMK Kuala Telemong. Tajuk Kursus ialah "Bengkel Pembinaan Aktiviti i-THINK". Seramai tiga orang penceramah dijemput untuk menjayakan bengkel ini iaitu En. Muhammad Mukhdi bin Shafee, Pn. Noor Hidayah binti Rashid dan Pn. Hasmu binti Endut. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk melahirkan modal insan masa hdapan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran pemikiran aras tinggi dan mampu berdaya saing.
Pages - Menu
PENGURUSAN 2017
Saturday, 23 April 2016
Tuesday, 19 April 2016
Sunday, 3 April 2016
PELANCARAN PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA
SMK KUALA TELEMONG : Pada 4 April 2016, satu Majlis Pelancaran Program
Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) telah diadakan. Majlis ini telah
disempurnakan oleh Tn Haji Abdul Halim bin Muda, Pengetua SMK Kuala
Telemong. KM1M akan berjalan selama tiga hari bermula 4 april sehingga 6
april 2016. Tema KM1M pada tahun ini " Membaca Menjana Pemikiran 1
Malaysia". Antara aktiviti yang akan dijalankan selama tiga hari ialah
mendeklamasikan sajak, pertandingan pidato, public speaking, poem
recitation, melukis poster dan ulasan petikan bahan bacaan.
Wednesday, 30 March 2016
JAMUAN KESYUKURAN PENERIMA APC DAN SAMBUTAN HARI LAHIR WARGA SMeT FASA 1
Saturday, 26 March 2016
MESYUARAT PIBG TAHUN 2016 DAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2015
SMK KUALA TELEMONG : Pada 26 Mac 2016 (Sabtu), satu Mesyuarat PIBG tahun 2016 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2015 telah diadakan bermula 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Dewan Terbuka SMK Kuala Telemong. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Jailani bin Johari D.S.M.Z, D.I.M.P. , Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (Ahli Parlimen Hulu Terengganu). Majlis turut dihadiri oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, YDP PIBG, ahli jawatankuasa PIBG, semua warga Pengurusan dan guru serta ibu bapa pelajar. Majlis dimulai dengan mesyuarat PIBG, kemudian majlis perasmian mesyuarat PIBG, Penyampaian hadiah kecemerlangan, cabutan bertuah dan perasmian Bilik Sarana PIBG.
Tuesday, 22 March 2016
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2016
SMK KUALA TELEMONG : Pada 22 Mac 2016 (selasa) bertempat di Dewan Terbuka SMK Kuala Telemong, satu Majlis Pelancaran Program Nilam telah diadakan. Majlis ini berlangsung pada jam 9.00 pagi. Perasmian telah disempurnakan oleh wakil Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.
Aturcara Majlis :
- Bacaan Doa
- Ucapan Aluan Pengetua
- Ucapan Perasmian wakil Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.
- Gimik Pelancaran Nilam
- Nyanyian Koir Lagu Nilam
- Penyampaian Sijil dan Hadiah kepada Tokoh Nilam Sekolah
- Penyampaian cenderahati kepada Perasmi
- Perasmian Pondok Ilmu As Syafie
- Pelancaran Program Wakaf Buku
Monday, 21 March 2016
TAHNIAH PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015
SMK KUALA TELEMONG : Pada 21 Mac 2016, bertempat di Dewan SMK Tengku Ampuan Intan bermula jam 2.30 petang, satu Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang telah diadakan. Seramai 5 orang guru dan seorang kakitangan SMK Kuala Telemong telah menerima anugerah tersebut. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua yang terpilih.Semoga menjadi contoh kepada guru-guru dan kakitangan yang lain untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik.
![]() |
| Dari Kiri : Pn. Hasnah bt Zainal Abidin (staf), Pn. Rahimah bt Abd Razak (Guru), Pn. Zuraida bt Ismail (Guru), Tn. Hj. Abdul Halim bin Muda (Pengetua), En. Mohd Rozi bin Omar (Guru), En. Shukri bin Wi (Guru) dan En. Shukree bin Yusof (Kaunselor) |
Sunday, 6 March 2016
PERLETAKAN ASAS PENANAMAN KELAPA SAWIT PERINGKAT SMeT 2016
SMK KUALA TELEMONG : Perletakan asas penanaman kelapa sawit peringkat sekolah telah diadakan pada 6 Mac 2016 bertempat di SMK
Kuala Telemong. Perletakan asas kelapa sawit ini telah
disempurnakan oleh YB. Dato' Haji Rozi Bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa
Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri Terengganu merangkap ADUN
Telemong. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dengan projek kelapa sawit ini dan semoga kerja buat ini memberikan hasil yang terbaik untuk menjana pendapatan sekolah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
































