PENGURUSAN 2017

Sunday, 6 March 2016

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 1 MALAYSIA 2016

SMK KUALA TELEMONG : Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 1Malaysia telah diadakan pada 6 Mac 2016 bertempat di Dewan Terbuka SMK Kuala Telemong bermula jam 11.00 pagi. Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh YB. Dato' Haji Rozi Bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri Terengganu merangkap ADUN Telemong. Semua ibubapa pelajar yang menerima bantuan dijemput hadir. Terima kasih diucapkan kepada semua warga SMeT yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung. Semoga SMeT terus Maju di masa akan datang.


Thursday, 3 March 2016

SEKITAR MAJLIS PENYAMPAIAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2015

SMK KUALA TELEMONG : Keputusan Peperiksaan SPM 2015 telah disampaikan pada 3 Mac 2016 bertempat di Dewan Terbuka SMK Kuala Telemong. Wan Nur Hasanah binti Wan Mamat, pelajar terbaik SPM 2015 yang memperolehi keputusan 6A. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada pelajar yang telah berjaya, Tahniah juga buat semua guru yang memainkan peranan penting dalam setiap kejayaan pelajar SMeT.




Tuesday, 23 February 2016

MAJLIS PELANCARAN AMALAN GURU PENYAYANG 2016

SMK KUALA TELEMONG :Majlis Pelancaran Amalan Guru Penyayng telah diadakan pada 22 Februari 2016 bertempat di Dataran Perhimpunan SMK Kuala Telemong bermula jam 8.00 Pagi. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tn Haji Abdul Rahman bin Abu Bakar, Penolong PPD, Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan. Pelancaran ini melibatkan semua guru dan pelajar SMK Kuala Telemong. Pada majlis tersebut, setiap pelajar diberikan botol minuman setiap seorang, sumbangan dari semua guru SMeT. Majlis Sambutan Hari Lahir juga turut diadakan bagi pelajar yang lahir pada hari tersebut.



Monday, 22 February 2016

SMeT RAIH ANUGERAH PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER TERBAIK

SMK KUALA TELEMONG : Pada 21 Februari 2016 bertempat di Dewan Besar BTPN Terengganu, SMK Kuala Telemong telah di Anugerahkan Pengurusan Makmal Komputer Terbaik Kategori Sekolah Menengah sempena Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Negeri Terengganu 2015. Terima kasih diucapkan kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu kerana telah memberikan anugerah ini kepada SMK Kuala Telemong.




Thursday, 28 January 2016

GOTONG ROYONG MENGHAPUS DENGGI


SMK KUALA TELEMONG :  PADA 28 JANUARI 2016 (KHAMIS), Satu aktiviti gotong royong menghapus denggi telah diadakan. Semua pelajar dan guru terlibat dalam aktiviti gotong royong ini. Semoga usaha ini dapat mengatasi wabak denggi yang sedang merebak di Negeri Terengganu.


MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MURID 2016


SMK KUALA TELEMONG : Pada 28 Januari 2016 (Khamis), Jam 7.40 pagi bertempat di Dataran Perhimpunan SMK Kuala Telemong, Majlis Watikah Perlantikan Pemimpin Murid telah diadakan. Majlis ini telah di sempurnakan oleh Ketua Polis Balai, Balai Polis Daerah Hulu Terengganu. Watikah perlantikan ini telah diberikan kepada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya. 


Saturday, 25 July 2015

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SMK KUALA TELEMONG TAHUN 2015









Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2015 telah berjaya dilaksanakan dengan meriah dan gemilang. Semua guru dan murid hadir ke sekolah dengan pakaian hari raya yang indah. Para jemputan, guru dan murid dijamu dengan juadah hari raya yang ditaja oleh Kelab Keluarga SMeT dengan kerjasama Asrama Smk Kuala Telemong.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...