Pages - Menu
PENGURUSAN 2017
Thursday, 22 January 2015
LAWATAN MESRA PEGAWAI PPD HULU TERENGGANU
SMK KUALA TELEMONG : Pada 22 Januari 2015, En. Shafruddin b. Hj. Ali Hussin, Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu telah membuat lawatan mesra ke SMK Kuala Telemong. Beliau telah memberikan kata-kata nasihat dan dorongan serta motivasi kepada anak-anak pelajar SMK Kuala Telemong supaya dapat menjadi pelajar yang cemerlang dan berkualiti. Perjumpaan bersama pelajar ini telah di adakan di Dataran Perhimpunan SMK Kuala Telemong.
Saturday, 17 January 2015
PERARAKAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT MASJID KUALA TELEMONG
SMK KUALA TELEMONG : Sambutan Maulidur Rasul peringkat Masjid Abdul Rahman Limbong, Kg Kuala Telemong telah diadakan pada 17 Januari 2015 (Sabtu) bermula jam 8.30 pagi. Guru-guru dan pelajar SMK Kuala Telemong turut menyertai perarakan Maulidur Rasul bertemakan "Perpaduan Nadi Transformasi Negara". Perarakan ini juga turut di sertai oleh YB Dato' Haji Rozi bin Mamat.
Thursday, 15 January 2015
KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI 13
SMK KUALA TELEMONG : Kejohanan merentas desa kali ke 13 telah diadakan pada 15 Januari 2015. Kejohanan ini dimulai dengan Nyanyian lagu Nrgaraku, Selamat Sultan, lagu Sekolah dan bacaan doa. Jam 7.45 pg, para peserta diberi taklimat kejohanan dan aktiviti memanaskan badan. Empat kategori dipertandingkan iaitu Kategori P15/Pendidikan Khas, Kategori L15, Kategori P18 dan Kategori L18. Majlis penutup dirasmikan oleh Hjh Esah binti Yusof, Pengetua SMK Kuala Telemong. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
| Pelepasan peserta kategori P15, P18 dan Pendidikan Khas |
| Pelepasan Peserta L15 dan L18 |
| Barisan Pengurusan Sekolah serta guru-guru bersama dengan semua peserta yang menerima pingat bagi kategori masing-masing |
Tuesday, 13 January 2015
MAJLIS TAUTAN KASIH LAMBAIAN SAYANG
SMK KUALA TELEMONG : Pada 13 Januari 2015 telah diadakan satu Majlis Tautan Kasih Lambaian Sayang sempena pertukaran PK Pentadbiran iaitu Hjh Norrizam Binti Yusoff. Beliau akan bertugas di SMK Ampuan Intan, Kuala Berang. Selamat menjalankan tugas di sekolah baru dan selamat maju jaya diucapkan kepada mantan PK Pentadbiran.
Mengait rambutan menggunakan galah,
Disimpan bersama buah berangan,
Walau sezarah silap dan salah,
Harap dimaafkan disimpan jangan.
Kalau Menjemur papan panjang,
Baik disusun tegak berdiri,
Kalau ada umur yang panjang,
In Shaa Allah berjumpa lagi.
Monday, 12 January 2015
MAJLIS PENUTUP PROGRAM ORIENTASI PELAJAR ASRAMA
SMK KUALA TELEMONG : Majlis penutup Orientasi Asrama telah diadakan pada 12 Januari 2015 pada jam 8.30 malam bertempat di dewan makan asrama SMK Kuala Telemong. Majlis penutupan ini telah dirasmikan oleh Hjh Esah binti Yusof, pengetua SMK Kuala Telemong. Majlis ini juga turut dihadiri oleh PK HEM dan juga Ketua Bidang serta semua pelajar asrama dan guru-guru yang terlibat.
CERAMAH MAULIDUR RASUL
SMK KUALA TELEMONG : Ceramah Maulidur Rasul telah diadakan pada 12 Januari 2015 bertempat di Surau As Salam, SMK Kuala Telemong. Ceramah telah disampaikan oleh Ust. Abdul Aziz bin Taha dan di hadiri oleh semua pelajar dan guru.
Saturday, 10 January 2015
PROGRAM ORIENTASI PELAJAR ASRAMA SMeT 2015
Thursday, 8 January 2015
MISI BANTUAN BANJIR KE KELANTAN
SMK KUALA TELEMONG : Misi bantuan banjir ke Kg. Danau , Kg. Tok Uban, Kg Cetok daerah Pasir Mas, Kelantan telah dijalankan pada 08 Januari 2015. Misi ini di anggotai oleh barisan pengurusan SMK Kuala Telemong serta guru pengiring dan beberapa orang pelajar. Pelbagai bahan makanan dan minuman serta peralatan yang telah disumbangkan oleh warga SMK Kuala Telemong. Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban mangsa banjir dan segala kerja buat yang diberikan oleh anggota misi bantuan banjir mendapat keredhaan Allah SWT.
Subscribe to:
Posts (Atom)















