PENGURUSAN 2017

Sunday, 9 March 2014

LADAP 1 SMeT 2014

LADAP 1
"INTEGRITI DALAM PENDIDIKAN"
 TARIKH : 8 MAC 2014 (SABTU)
MASA : 8.00PG - 2.00PTG
TEMPAT : DEWAN SEMINAR YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA (YPK)

OBJEKTIF
  • Meningkatkan  perasaan kasih sayang sesama murid.
  • Mewujudkan hubungan mesra antara murid dan guru.
  • Melahirkan warga sekolah yang sentiasa prihatin dengan kesusahan orang lain.
  • Membina sikap suka memberi dan menghulurkan tangan kepada insan-insan yang memerlukan. 
TENTATIF PROGRAM
  • 8.00 - 8.30pg - Pendaftaran
  • 8.30 - 9.00pg - Ucapan Pengetua , Hj. Tuan Pail b. Tuan Jusoh
  • 9.00 - 10.00pg - Slot 1 : Ceramah "Integriti Dalam Pendidikan" oleh Tn. Haji Ghafar b. Mamat, Ketua Pengarah Pentadbiran YPK.
  • 10.30 - 11.00pg - Minum pagi
  • 11.00 - 1.00ptg - Slot 2 : Bengkel oleh Tn. Haji Ghafar b. Mamat, Ketua Pengarah Pentadbiran YPK.
  • 1.00 - 2.00ptg - Slot 3 : Taklimat Audit oleh Pn. Hjh Norrizam bt Yusoff , GPK Pentadbiran SMKKT
  • 2.00 - 2.30ptg Makan Tengahari dan bersurai 






TAHNIAH BUAT ATLIT L18 TERBAIK MSST 2014

TAHNIAH !!!!!
Syabas dan tahniah diucapkan kepada atlit sekolah, Mohd Nor Harzimi bin Ishak kerana telah berjaya meraih 3 pingat emas dalam kejohanan Majlis Sukan Sukan Terengganu sekaligus meraih anugerah Atlet L18 terbaik MSST 2014.Sekalung tahniah juga buat guru pembimbing dan juga tenaga pengajar yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.Warga SMeT mendoakan lebih banyak lagi kecemerlangan pada masa akan datang.

Wednesday, 5 March 2014

MINGGU SAINS DAN MATEMATIK 2014 @ SMeT

Minggu Sains dan Matematik adalah satu program yang dianjurkan oleh Panitia Sains Matematik. Program ini dijalankan selama 1 minggu.Sempena dengan program tersebut, pelbagai aktiviti telah dirancang. Program ini diadakan dengan matlamat untuk mengcungkil bakat dan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik yang dianggap sebagai mata pelajaran yang sukar dan membosankan.

OBJEKTIF PROGRAM
  • Meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sains dan Matematik bagi semua pelajar SMKKT dalam peperiksaan.
  • Membuang tanggapan bahawa mata pelajaran Sains dan Matematik adalah susah sebaliknya sangat menarik untuk dipelajari.
  • Memberi pengalaman yang menarik kepada pelajar untuk melakukan hands-on eksperimen melalui aktiviti yang dijalankan.
  • Menjana minda kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar.
  • Mengaplikasi ICT dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
  • Memupuk kesedaran pelajar untuk mencintai alam sekitar anugerah Allah menerusi penerapan nilai murni dalam aktiviti yang berkaitan dengan kitar semula.
  • Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar seperti sikap kerjasama, berkeyakinan dan bantu membantu.

ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG MINGGU SAINS DAN MATEMATIK 2014

  1. Eksperimen Mudah yang dijalankan oleh pelajar.
  2. Pertandingan Roket Air
  3. Pertandingan Soduku dan GMaths
  4. Cabaran Sifir, Kalkulator dan Congak Matematik
  5. Explorace Sains dan Matematik
  6. Pertandingan Inovasi menggunakan bahan terbuang
  7. Pertandingan membina dashboard VLE Frog
  8. Pertandingan Glider
  9. Demo GSP
PELANCARAN ROKET AIR
PERASMIAN BILIK PAMERAN SAINS OLEH EN. MOHD ZAMRI BIN AB. RAZAK DARI SEKTOR PENILAIAN AKADEMIK, JPNT
EKSPERIMEN MUDAH OLEH PELAJAR

EKSPERIMEN LETUSAN LAVA OLEH PELAJAR


EKSPERIMEN PEMBEDAHAN KATAK OLEH PELAJAR


KUIZ BERKAITAN SAINS


EKSPERIMEN UJIAN MAKANAN OLEH PELAJAR

Saturday, 1 March 2014

MESYUARAT AGUNG PIBG SMeT 2014

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 11
& 
PENETAPAN TARGET PMR, SPM DAN STPM
TAHUN 2014

TARIKH : 01 MAC 2014
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : FOYER SMK KUALA TELEMONG

PERASMIAN OLEH :
YG BERHORMAT DATO' JAILANI BIN JOHARI
TIMBALAN MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
(MERANGKAP AHLI PARLIMEN HULE TERENGGANU)











Saturday, 11 January 2014

MINGGU CINTA RASULULLAH SAW

MINGGU CINTA RASULULLAH SAW
12 - 16 JANUARI 2014

ANTARA AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN 
SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL :

1. Berselawat Jama'i

2. Tazkirah Ku Sayang Nabi

3. Kempen Selawat 1000x

4. Renungan Zohor - Muhammad Ya Habibi

5. Pertandingan Buku Skrap Sirah Nabina

6. Pameran dan Tayangan video Jejak Rasul

7. Ceramah dan Qosidah

8. Kuiz Kenal Nabi


Tuesday, 31 December 2013

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2014

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA WARGA SMeT 2014. 
SEMOGA TAHUN INI LEBIH BAIK DARIPADA TAHUN YANG LEPAS.
"Belajarlah selagi yang lain sedang tidur..
Bekerjalah selagi yang lain sedang bermalas-malasan..
Bersiap-siaplah selagi yang lain sedang bermain..dan
Bermimpilah selagi yang lain sedang berharap"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...