PENGURUSAN 2017

Sunday, 17 March 2013

PELANCARAN BULAN DISIPLIN

Pelancaran bulan disiplin SMK Kuala Telemong telah diadakan pada 17 Mac 2013 bertempat di Dataran Perhimpunan SMK Kuala Telemong dan telah dirasmikan oleh Tuan Haji Tuan Pail bin Tuan Jusoh (Pengetua). Bulan Disiplin akan berlangsung selama sebulan bermula 17 Mac 2013 sehingga 18 April 2013.





MATLAMAT
Membina sahsiah pelajar yang baik melalui penerapan nilai-nilai murni serta melahirkan pelajar yang bertanggungjawab dan sedia menerajui kepimpinan masyarakat dan negara.

AKTIVITI
Sepanjang Bulan Disiplin 2013

* Perasmian Bulan Disiplin
* Hebahan dan Makluman
* Ops Bersepadu Ponteng Sekolah
* Ceramah dan Pameran AADK
* Ceramah dan Pameran JKJR
* "Sekolah Di Hatiku" -Menceriakan Kawasan Sekolah
* 5 Minit Maklumat Disiplin - Pagi Selasa
* Pertandingan Motto Disiplin (Antara Kelas)
* Pertandingan Melukis Poster - "Kami Benci Dadah"
* Buku Kawalan Kelas Terbaik
* Anugerah Kelas Terbaik
* Anugerah Sifar Ponteng Kelas
* Anugerah Kehadiran Penuh
* Anugerah Pelajar Contoh
* Pemandu Berhemah - Motosikal

PENYAMPAIAN HADIAH KECERIAAN KELAS JANUARI-MAC

Pertandingan keceriaan kelas diadakan setiap tahun bermula Januari. Pertandingan ini diambil kira dari segi keceriaan, kebersihan dan kreativiti pelajar setiap kelas untuk menghias kelas mereka. Setiap kelas akan mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
 Satu majlis penyampaian hadiah pertandingan keceriaan kelas bagi bulan Januari sehingga Mac telah diadakan pada 17 Mac 2013 bertempat di Dataran Perhimpunan. 







Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Tuan Pail bin Tuan Jusoh, Pengetua SMK Kuala Telemong. Antara Kelas yang telah berjaya ialah kelas tingkata 2KT2, 5KT3 dan tingkatan 6.
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA KELAS YANG BERJAYA. SEMOGA DAPAT MENGEKALKAN REKOD PADA BULAN-BULAN AKAN DATANG DAN KELAS-KELAS LAIN, JANGAN BERPUTUS ASA UNTUK BERSAING DENGAN KELAS YANG TELAH BERJAYA UNTUK MENCIPTA REKOD BARU..:)


PENYAMPAIAN PINGAT DAN SIJIL KEPADA ATLIT SEKOLAH YANG BERJAYA MERAIH PINGAT MSSDHT

Majlis penyampaian pingat dan sijil telah diadakan pada 17 Mac 2013 bertempat di Dataran Perhimpunan SMK Kuala Telemong. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Tuan Pail bin Tuan Jusoh, Pengetua SMK Kuala Telemong.






Tahniah diucapkan kepada semua atlit sekolah yang telah menyertai pertandingan yang telah dianjurkan oleh Majlis Sukan Sukan Daerah Hulu Terengganu yang telah diadakan pada 10 - 14 Mac 2013. Semoga SMKKT akan terus cemerlang pada masa akan datang.


Tuesday, 12 March 2013

MAJLIS TILAWAH AL QURAN PERINGKAT SEKOLAH

Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Sekolah telah diadakan pada 12 Mac 2013. 
Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Tilawah Al Quran, Hafazan dan Syarahan Agama









Tuesday, 5 March 2013

PERHIMPUNAN PERTAMA BERSAMA PENGETUA BARU


Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Noor Md Ali

Ucapan oleh Ketua Pelajar SMK Kuala Telemong

Ucapan oleh En. Azman bin Tawang (PK HEM)
Ucapan oleh En. Mutalib (YDP PIBG)

Ucapan oleh Tuan Haji Tuan Pail bin Tuan Jusoh (Pengetua Baru SMKKT)

Sunday, 3 March 2013

SAMBUTAN PENGETUA BARU - TUAN HAJI TUAN PAIL BIN TUAN JUSOH











SELAMAT DATANG YM TUAN HAJI TUAN PAIL BIN TUAN JUSOH



Selamat datang kepada YM Tuan Haji Tuan Pail Bin Tuan Jusoh, Pengetua baru SMK Kuala Telamong. Kami warga SMKKT mengucapkan selamat bertugas di SMK Kuala Telemong dan semoga dengan kehadiran Tuan Haji Tuan Pail dapat membantu dan mencipta kejayaan-kejayaan yang cemerlang berbanding tahun-tahun yang lalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...