PENGURUSAN 2017

Saturday, 23 February 2013

PROGRAM LADAP SIRI 1 2013

PROGRAM LADAP SIRI 1 2013
5S (SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM, SENTIASA AMAL)

Tarikh : 23 Februari 2013
Tempat : Bilik Mesyuarat SMKKT
Anjuran : Unit Perkembangan Staff SMKKT
Penceramah : En. Azwadi bin Amzah (Penolong Pengarah Pengurusan Votek JPNT)

OBJEKTIF :
# Membina keyakinan diri positif sebagai penjawat awam yang mampu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan berkesan.
# Memberi dan menambahkan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran.
# Menceriakan suasana tempat kerja.
# Memastikan Bilik Guru dan Pejabat tersusun, teratur dan kemas berpandukan program 5S.
# Meningkatkan nilai tambah guru dari aspek kekemasan dan susun atur yang lebih berkesan di sekolah.





Monday, 18 February 2013

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SMKKT 2013/2014


Satu Majlis Watikah Perlantikan Pengawas telah berlangsung pada jam 8.00pagi bertempat di Dewan Terbuka SMK Kuala Telemong. Majlis ini telah disempurnakan oleh Insp. Wan Samsul Kahar bin Wan Hussain (IPD Hulu Terengganu). Seramai 50 orang pengawas telah menerima watikah perlantikan pada majlis tersebut. 

Objectif Majlis :
  • Melatih bakat-bakat kepimpinan agar mampu menjadi seorang pemimpin yang menjadi pelapis masa hadapan.
  • Memberi keyakinan bahawa pengawas mampu dan berupaya menjalankan amanat yang diberikan dengan penuh dedikasi.
  • Menjadikan sekolah sebagai pusat pembangunan budaya kepimpinan, berketerampilan dan pembentukan akhlak yang mulia.
  • Mewujudkan suasana sekolah yang harmonis dengan membudayakan kerjasama sesama pelajar.


Tentatif Program :

* Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
* Nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah
* Bacaan Doa
* Ucapan Pengetua SMKKT
* Ucapan dan perasmian oleh Pegawai Polis IPD Hulu Terengganu
* Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas SMKKT 2013/2014
* Ikrar oleh Ketua Pengawas
* Penyamapaian cenderahati
* Sesi Bergambar



Sunday, 17 February 2013

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2013

Majlis Pelancaran Program Nilam peringkat sekolah 2013 telah diadakan pada 17 Februari 2013 bertempat di Dewan terbuka SMK Kuala Telemong pada jam 8.00 pagi. Majlis ini telah disempurnakan oleh To; Puan Hajjah Rahmah Ahmad, Pengetua SMK Kuala Telemong.





Friday, 15 February 2013

MAJLIS PERMUAFAKATAN AKADEMIK DAN MESYUARAT AGUNG PIBG


MAJLIS PERMUAFAKATAN AKADEMIK DAN MESYUARAT AGUNG PIBG 
KALI KE-10 SMKKT 2013


Tarikh: 16 Februari 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat: SMK Kuala Telemong

Tentatif program:-

8.00 - 8.30 
- Pendaftaran
- Penyerahan buku kemajuan / penyerahan laporan PBS 

8.30 - 10.00
- Motivasi pelajar (Kaunselor SMKKT)
Tempat : surau SMKKT
Semua pelajar PMR,SPM & STPM

10.00 - 10.30
- Lafaz ikrar target PMR,SPM & STPM

10.30 - 11.00
- Rehat & kudapan

11.00
-Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-10

Ucapan Tuan Pegawai PPD Hulu Terengganu.

Ucapan Pengetua SMK Kuala Telemong

Guru dan Ibubapa yang hadir pada Mesyuarat Agong PIBG SMKKT
Sebahagian pelajar sedang melafazkan ikrar

Mesyuarat PIBG sedang berlangsung


Ibu pelajar yang bertuah menerima hamper

AJK PIBG bagi tahun 2013

Wednesday, 13 February 2013

KARNIVAL PERMAINAN SMeT

KARNIVAL PERMAINAN ANTARA RUMAH-RUMAH SUKAN

Tarikh: 13 - 15 Februari 2013 (Rabu - Jumaat)
Masa : 2.30 petang


Acara:-

13/2/2013 - Bola jaring
- Bola tampar
- Badminton
- Ping pong
- Bola baling

14 - 15/2/2013 - Bola sepak










Wednesday, 30 January 2013

PROGRAM CAKNA IBU

Pada 2 Februari 2013 (Sabtu) bertempat di Surau SMK Kuala Telemong akan berlangsung satu Program Cakna Ibu anjuran SMK Kuala Telemong. Semua ibu kepada pelajar SMKKT dijemput hadir bagi menjayakan program ini. Dua orang penceramah dijemput hadir bagi memberi ceramah pada program tersebut. Mereka ialah Puan Hajjah Hawa bin Embong, penceramah dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dan Motivator daripada JPNT iaitu En. Mohd Taha bin Sali.



Aturcara Majlis adalah seperti berikut :-

8.20pg  : Pendaftaran
             : Para ibu menuju ke surau

8.25pg  : Taklimat Program

8.30pg  : Bacaan doa
             : Sembahyang Sunat Dhuha dipimpin oleh Pn. Rokiah bt Daud

9.00pg  : Ceramah oleh Puan Hajjah Hawa bin Embong, penceramah dari Jabatan Hal Ehwal Agama      Terengganu

10.30pg : Kudapan

11.00pg : Ceramah oleh Motivator daripada JPNT iaitu En. Mohd Taha bin Sali.

1.00tgh  : Majlis Penutup oleh Pengetua

1.15tgh  : Jamuan makan tengah hari dan bersurai



HOMELY WELCOMES MR. ANDREW ZOROMSKI



Warga SMet mengalu-alukan kedatangan English Teaching Assistant (ETA) iaitu Mr. Andrew Zoromski yang akan berkhidmat selama 10 bulan di SMK Kuala Telemong , bermula pada 31 Januari 2013..

INFO:-

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Program Fullbright English Teaching Assistant (ETA) dibawah dasar MBMMBI sebagai salah satu usaha meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid sekolah. Bagi tahun 2013, program ini telah dikembangkan ke 75 buah sekolah di negeri Terengganu, Pahang & Johor.
Sehubungan dengan itu, SMK Kuala Telemong merupakan salah sebuah sekolah yang telah dipilih untuk mengikuti Program ETA ini bagi tahun 2013.

Thursday, 24 January 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2013M/1434H

Program Sambutan Maulidur Rasul merupakan satu program yang dianjurkan oleh Badan Dakwah dan Penghayatan Islam SMKKT. Program ini bertujuan untuk mengingatkan kita tentang sirah kelahiran serta perjuangan Nabi Muhammad S.A.W. Disamping itu juga ia menilai sejauh mana ilmu para pelajar tentang sirah Nabi Muhammad S.A.W. Selain itu juga, program ini dapat menerapkan lagi sifat syukur ke dalam diri pelajar kerana telah menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W. Satu perarakan telah diadakan bermula dari Dataran SMK Kuala Telemong ke Masjid Kg. Kuala Telemong. Program diteruskan lagi dengan ceramah Maulidur Rasul telah disampaikan oleh Ustaz Hj Mustafa Kamal bin Hamzah.










Diharapkan Sambutan Maulidur Rasul ini dapat mewujudkan sikap sanggup berkorban terhadap Islam dalam diri masyarakat sekolah seluruhnya serta menghidupkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan seharian sebagai tanda cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...