Pages - Menu
PENGURUSAN 2017
Tuesday, 22 January 2013
Saturday, 19 January 2013
PELANCARAN LAGU BARU SMKKT "BERILMU, BERAMAL"
Hari ini,tanggal 20 januari 2013 dengan rasminya SMKKT melancarkan lagu baru sekolah yang bertajuk ‘BERILMU, BERAMAL’ bagi menggantikan lagu lama sekolah setelah satu dekad digunakan.
‘BERILMU, BERAMAL’
KAMI MURID KUALA TELEMUNG
SEJIWA DAN SEKATA
BELAJAR DAN BERETIKA JADI BUDAYA
DISIPLIN TONGGAK UTAMA
GURU GIGIH MENCURAH ILMU
KAMI TEKUN MENERIMA
DENGAN TEKAD DAN AZAM JADI INSAN BERJAYA
PENERAJU ANAK BANGSA
KEPADA AYAH IBU
KAMI MEMOHON RESTU
KEPADA GURU-GURU
TERIMA KASIH CIKGU
‘BERILMU, BERAMAL’
TERSEMAT DI DADA
FALSAFAH PENDIDIKAN TERASNYA
‘BERILMU, BERAMAL’
MENJADI PEGANGAN
SMK KUALA TELEMUNG CEMERLANG
SMK KUALA TELEMUNG CEMERLANG
Lagu : Azman b. Abdullah
Lirik : Marzuki b. Saleh
Majlis Penyerahan Wang Bantuan Awal Persekolahan 2013
Pada 19 Januari 2013 bertempat di Dataran SMK Kuala Telemong, satu majlis Penyerahan Wang Bantuan Awal Persekolahan 2013 telah berlangsung. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Tn Hj Rozi Bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri kepada semua pelajar bagi 3 buah sekolah iaitu SK Kuala Telemong, SK Bukit Tadok dan SMK Kuala Telemong.Majlis telah berlangsung dengan jayanya dan ribuan terima kasih diucapkan kepada YB Tn Hj Rozi Bin Mamat, barisan pengurusan sekolah dan semua guru serta semua yang telah terlibat bagi menjayakan majlis ini.
Sunday, 30 December 2012
SELAMAT TAHUN BARU DAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH DAN SELAMAT TAHUN BARU 2013 DIUCAPKAN KEPADA SEMUA WARGA SMK KUALA TELEMONG. SEMOGA TAHUN INI MEMBERI SERIBU MAKNA DAN HARAPAN. SEMOGA SMK KUALA TELEMONG AKAN TERUS MAJU DAN MENCAPAI LEBIH KEGEMILANGAN BERBANDING TAHUN SEBELUMNYA.
Wednesday, 19 December 2012
PELAJAR TERBAIK PMR 2012
TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA PELAJAR CEMERLANG PMR SMKKT 2012 IAITU SAUDARI SITI AISHAH ZULKARNAIN YANG BERJAYA MEMPEROLEHI STRAIGHT "A" DIDALAM PEPERIKSAAN PMR 2012..SEMOGA BELIAU AKAN TERUS MAJU DAN CEMERLANG PADA MASA AKAN DATANG..
TAHNIAH DAN SYABAS JUGA BUAT GURU YANG TELAH BERJAYA MELAHIRKAN PELAJAR YANG CEMERLANG. TANPA GURU KEJAYAAN TIDAK AKAN TERCIPTA.
Sunday, 18 November 2012
Selamat Menduduki Peperiksaan STPM 2012
Selamat menduduki peperiksaan STPM buat semua calon STPM SMK Kuala Telemong. Selamat berjuang sehingga ke akhirnya. Semoga kejayaan menjadi milik anda semua. Tiada yang mustahil sekiranya perjuangan anda diiringi dengan usaha yang gigih, doa yang berpanjangan serta tawakkal kepada ALLAH SWT. Segala usaha anda akan dibalas dengan kejayaan yang cemerlang.
"Nothing Is Impossible"
"Do the best, To get The Best"
Sunday, 4 November 2012
JAMUAN AKHIR TAHUN KELAB KELUARGA SMeT 2012
TEMPAT : HOTEL GRAND CONTINENTAL, K .TRG
TARIKH : 4 NOV 2012
MASA : 2.30 PTG
Majlis ini dianjurkan bagi meraikan segala kerja keras dan pengorbanan yang dicurahkan oleh para guru dan kakitangan SMKKT sepanjang tahun persekolahan disamping dapat mengeratkan tali persaudaraan di antara ahli kelab keluarga SMeT.
![]() |
| Antara Hadiah dan cabutan bertuah yang disediakan pada Jamuan Akhir Tahun SMKKT 2012 |
![]() |
| En. Azman bin Tawang (GPK HEM) menerima salah satu anugerah daripada pengetua |
![]() |
| Salah seorang guru yang bertuah menerima hadiah cabutan bertuah. |
Monday, 8 October 2012
Selamat Menduduki PMR 2012
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR KEPADA SEMUA CALON SMK KUALA TELEMONG.SEMOGA DIBERI KETENANGAN DALAM MENJAWAB SOALAN DAN INGATAN YANG KUAT DALAM MENEMPUH PEPERIKSAAN. SEMOGA KEJAYAAN MILIK SEMUA..SELAMAT MAJU JAYA DARI KAMI WARGA SMK KUALA TELEMONG.
Subscribe to:
Posts (Atom)












