Pages - Menu
PENGURUSAN 2017
Sunday, 1 January 2012
Monday, 26 December 2011
Wednesday, 9 November 2011
SMKKT Johan Dan Naib Johan Pertandingan Membangunkan Bahan Pembelajaran Kendiri Matematik menggunakan Aplikasi GSP
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-NYA, dua pasukan dari SMKKT telah berjaya menjadi Johan dan Naib Johan Peringkat Negeri dalam Pertandingan Membangunkan Bahan Pembelajaran Kendiri Matematik menggunakan Aplikasi The Geometric Sketch Pad (GSP) anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan ExxomMobil.
Ucapan tahniah kepada semua barisan Guru Pengiring dan semua peserta diatas kejayaan yang diraih. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YM Tengku Haslinda Tengku Hussain dan En. Azahari kerana dengan tunjuk ajar dan bimbingan mereka, SMKKT dapat meraih tempat pertama dan kedua. Semoga kejayaan ini dapat dikekalkan lagi pada masa akan datang..
SMKKT MAJU 2014
SMKKT MAJU 2014
Tuesday, 20 September 2011
SMKKT Johan Mural Peringkat Daerah
Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam pertandingan mural peringkat daerah kerana telah menjadi Johan terutamanya kepada Pn. Kalthom Binti Abas dan Ustaz Said Bin Mat Isa sebagai guru pembimbing kepada beberapa orang pelajar yang telah menyiapkan mural yang sangat kreatif dan mempunyai mesej yang tersendiri ini.
Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Tahniah dan syabas diucapkan sekali lagi.Semoga SMKKT terus maju dan terus cemerlang pada masa akan datang.
"SMKKT MAJU 2014"
Sunday, 11 September 2011
Gotong Royong Perdana
ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN
DENGAN KERJASAMA PIBG SMK KUALA TELEMONG
PADA :10 SEPTEMBER 2011
JAM : 8.30 PAGI
Thursday, 25 August 2011
Anugerah Makmal Sains Terbaik
Makmal Sains SMK Kuala Telemong telah di anugerahkan sebagai Makmal Sains Terbaik bagi Daerah Hulu Terengganu sempena sambutan Hari Guru peringkat Hulu Terengganu.Jutaan Tahniah diucapkan kepada ketua bidang sains En. Nordin Bin Zakaria, guru-guru sains dan pembantu makmal sains iaitu Pn. Noor Maznita Bt. Che Aziz, Pn.Ani@Rosmalia Bt A.Ghani dan Mohd Nasir Bin Mustafa dan juga buat semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung. Semoga Kejayaan ini dapat dikekalkan lagi pada masa akan datang.Majlis Khatam Al Quran
Majlis Khatam Al Quran SMK Kuala Telemong telah diadakan pada 25 Ogos 2011 bertempat di Dewan Terbuka SMK Kuala Telemong bermula jam 11.00 pg. Majlis diketuai oleh Ustaz Mohd Noor dan diiringi oleh semua guru dan pelajar SMK Kuala Telemong.
"Al Quran Teras Kecemerlagan Insan"
Wednesday, 24 August 2011
Salam Aidilfitri
Salam Aidilfitri dan salam kemaafan buat semua warga SMKKT...Semoga lebaran tahun ini akan memberi seribu kebaikan dan keberkatan dalam hidup kita semua...Kepada guru-guru yang akan pulang ke kampung halaman, selamat memandu dan berhati-hati dijalan raya, semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
Subscribe to:
Posts (Atom)





