PENGURUSAN 2017

Sunday, 11 September 2011

Gotong Royong Perdana

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT & GOTONG ROYONG PERDANA WARGA SEKOLAH
ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN
DENGAN KERJASAMA PIBG SMK KUALA TELEMONG
PADA :10 SEPTEMBER 2011
JAM : 8.30 PAGI

Thursday, 25 August 2011

Anugerah Makmal Sains Terbaik

  Makmal Sains SMK Kuala Telemong telah di anugerahkan sebagai Makmal Sains Terbaik bagi Daerah Hulu Terengganu sempena sambutan Hari Guru peringkat Hulu Terengganu.Jutaan Tahniah diucapkan kepada ketua bidang sains En. Nordin Bin Zakaria, guru-guru sains dan pembantu makmal sains iaitu Pn. Noor Maznita Bt. Che Aziz, Pn.Ani@Rosmalia Bt A.Ghani dan Mohd Nasir Bin Mustafa dan juga buat semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung. Semoga Kejayaan ini dapat dikekalkan lagi pada masa akan datang.

Majlis Khatam Al Quran

Majlis Khatam Al Quran SMK Kuala Telemong telah diadakan pada 25 Ogos 2011 bertempat di Dewan Terbuka SMK Kuala Telemong bermula jam 11.00 pg. Majlis diketuai oleh Ustaz Mohd Noor dan diiringi oleh semua guru dan pelajar SMK Kuala Telemong. 

"Al Quran Teras Kecemerlagan Insan"

Wednesday, 24 August 2011

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri dan salam kemaafan buat semua warga SMKKT...Semoga lebaran tahun ini akan memberi seribu kebaikan dan keberkatan dalam hidup kita semua...Kepada guru-guru yang akan pulang ke kampung halaman, selamat memandu dan berhati-hati dijalan raya, semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sunday, 31 July 2011

Salam Ramadhan 1432H


Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...Salam Ramadhan buat semua Warga SMKKT..Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana kita bertemu lagi dengan Ramadhan tahun ini..Marilah kita tingkatkan amalan di bulan yang mulia ini...Sama-sama kita doakan agar Ramadhan kali ini penuh makna buat kita semua...Amin

Wednesday, 20 July 2011

Kursus LADAP 2011

PROGRAM LAWATAN MASYARAKAT MURNI SMK.KUALA TELEMONG DAN SMK. SULTAN MANSOR BERSAMA APMTDI

TEMPAT : CAMERON HIGHLANDS
TARIKH : 14-16 JULAI 2011

Sila klik di SINI untuk melihat gambar-gambar semasa program dijalankan

Sunday, 10 July 2011

Perkhemahan Unit Beruniform 2011



Perkhemahan ini telah diadakan pada 7-9 Julai 2011 bertempat di SMK Kuala Telemong. Perkhemahan ini disertai oleh Pasukan Unit Beruniform seperti Pasukan Pengakap, Pandu Puteri, PBSM, Kadet Polis, Kadet Bomba dan Puteri Islam.Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti pertandingan memasak dan kawad kaki.

Saturday, 2 July 2011

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Program Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang disertai oleh murid-murid SMK Kuala Telemong telah selamat berlangsung pada  2 Julai 2011 (Sabtu). Lebih menarik lagi larian turut disertai oleh To' Puan Hajjah Rahmah Binti Ahmad, Pengetua SMK Kuala Telemong,guru-guru serta staff pengurusan sekolah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...