PENGURUSAN 2017

Monday 30 April 2012

Majlis Pelancaran Program Mentor Mentee Pelajar Elit PMR, SPM dan STPM 2012

Setiap organisasi inginkan peningkatan. Begitu juga dengan SMK Kuala Telemong yang mencari idea bagaimana memantapkan prestasi akademik pelajarnya dari tahun ke tahun. Pelbagai program telah dirancang dan salah satu daripadanya ialah pelaksanaan mentor mentee bagi calon PMR, SPM dan STPM. Justeru itu pada tahun ini, Unit Bimbingan Kaunseling dengan kerjasama jawatankuasa PMR, SPM dan STPM akan melaksanakan program ini untuk kecemerlangan pelajar.


Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti oleh Ucapan daripada Pn Hajjah Norrizam Yusoff (PK Pentadbiran) dan telah dirasmikan oleh To' Puan Hajjah Rahmah binti Ahmad, Pengetua SMK Kuala Telemong.

Program ini dilaksanakan bagi membolehkan penilaian prestasi pelajar SMK Kuala Telemong dibuat secara khusus iaitu setiap pelajar (mentee) akan diagihkan kepada seorang ibu atau bapa angkat (mentor) untuk membimbing serta membantu pelajar berkenaan dalam semua bidang termasuklah soal peribadi pelajar yang diamanahkan kepada guru-guru berkenaan. 

Antara Objektif Program :
1.   Meningkatkan bilangan dan peratusan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM.
2.       Supaya guru dapat mendekatai pelajar dengan lebih mendalam.
3.       Supaya guru dapat mengenalpasti masalah pembelajaran pelajar.
4.    Supaya guru dapat membimbing pelajar bagi memperbaiki sahsiah dan meningkatkan prestasi akademik.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...