PENGURUSAN 2017

Monday 26 March 2012

Majlis Pelancaran Program Nilam

Pada tanggal 25 Mac 2012, Majlis Pelancaran Program Nilam peringkat sekolah 2012 telah diadakan bertempat di Dataran SMK Kuala Telemong. Majlis ini telah disempurnakan oleh Puan Pengetua, To’ Puan Hajjah Rahmah Ahmad. Antara tentatif program ialah Ucapan perasmian dan gimik pelancaran program oleh Pengetua serta nyanyian lagu NILAM dan penyampaian hadiah kepada pemenang.


Program ini bermatlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan pelajar manakala rasionalnya ialah untuk menjana budaya membaca di kalangan pelajar bagi memupuk masyarakat yang berpesonaliti dari segi rohani dan jasmani serta maju dan matang mental. Antara Objektif Program ialah memupuk budaya membaca di kalangan pelajar, mempelbagaikan aktiviti galakan membaca yang kreatif, inovasi dan berkesan serta menerap naluri gemar membaca bagi menghasilkan masyarakat berilmu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...